MILKUL YAMIN | Milkul Yamin merupakan istilah yang ditujukan kepada perempuan kafir dan musyrik yang menjadi tawanan tentera Islam. Istilah ini ada disebut dalam al-Qur’an pada beberapa ayat seperti dalam surah al-Mu’minun, Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman, iaitu mereka yang khusyuk di dalam sembahyangnya. Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia. Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya. Dan mereka yang menjaga kehormatannya. Kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya, maka sesungguhnya mereka tidak tercela, kemudian sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas”. (Surah al-Mu’minun 23:1–7) | UMUM | |
YEVTUSHENKO, YEVGENY | Yevtushenko, Yevgeny (1933 – ), penyair Rusia. Kebanyakan hasil karyanya ditujukan kepada penduduk Kesatuan Soviet selepas berakhirnya Perang Dunia II pada tahun 1945. Yevtushenko menguasai sepenuhnya kaedah persembahannya dan menggunakan gaya bahasa yang mudah difahami. | UMUM | |
SEKOLAH GAYA POS | Sekolah gaya pos ialah institusi pendidikan yang mengajar melalui surat-menyurat antara guru dengan pelajar. Sekolah gaya pos ditujukan kepada mereka yang berhasrat untuk mempelajari sesuatu subjek secara sistematik, umumnya untuk tujuan mendapatkan kelayakan profesional atau teknikal. Mereka mungkin tidak berupaya datang sendiri ke kelas disebabkan mereka cacat, atau kerana mereka tinggal terlalu jauh, atau kerana mereka bekerja pada waktu siang. Dengan mengambil kursus gaya pos, pelajar boleh membuat kerja pada bila-bila masa dan di mana- mana tempat. Namun demikian, sekolah gaya pos mempunyai keburukan kerana perhubungan peribadi tidak wujud antara guru dengan pelajar. | UMUM | |
SARACENS | Saracens ialah panggilan yang diberikan oleh orang Barat terhadap orang Islam yang menyerang dan menduduki beberapa bahagian dunia Kristian di Asia, Afrika dan Eropah dari tahun 600-an M. hingga tahun 1000-an M. Nama ini juga ditujukan kepada orang Palestin, Syria, dan orang Moor, yang berjaya mengalahkan kerajaan Sepanyol pada tahun 700-an M. semasa Perang Salib, dan orang Saljuk yang berperang dengan tentera salib. Orang Yunani dan orang Rom pada mulanya menggunakan perkataan Saracen untuk menyatakan puak Arab yang tinggal di Gurun Siro-Arab. | UMUM | |
BODHISATWA | BODHISATWA, konsep penting dalam ajaran Buddhisme. Apabila ajaran Buddhisme berpecah kepada dua mazhab yang besar, iaitu Mahayana dan Hinayana (The ravadin), konsep bodhisatwa lebih menonjol dalam ajaran Mahayana. Konsep bodhisatwa dalam ajaran Hinayana Buddhisme ditujukan kepada Gautama Buddha dlam kehidupannya sebelum dia mencapai tahap ‘pencerahan’ (enlightenment). Dalam ajaran Mahayana Buddhisme pula, bodhisatwa ditujukan kepada sesiapa yang telah menangguhkan mencapai nirwana untuk kepentingan dirinya, sebaliknya akan berkhidmat kepada masyarakat untuk seimbang mereka ke arah mencapai nirwana, iaitu mencapai kebebasan abadi. Jelasnya, dalam ajaran Mahayana, bodhisatwa merupakan penaung kepada masyarakat dan pembimbing mereka ke arah mencapai nirwana. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Agama/Fahaman/Aliran/Ideologi |
KHUTBAH | Khutbah, ucapan atau pidato yang ditujukan kepada kumpulan orang ramai bertujuan menyampaikan nasihat dan peringatan supaya mereka bertakwa kepada Allah SWT. | AGAMA | Konsep |
SAGITARIUS | Sagitarius (atau lambang pemanah) ialah sekumpulan bintang yang berada di langit Hemisfera Selatan. Ia merupakan lambang zodiak yang kesembilan. Dalam mitologi, Sagitarius mewakili haiwan mitologi yang dikenali sebagai sentora (separuh manusia dan separuh kuda). Sentora dikatakan sedang memegang busur yang ditujukan ke jantung Scorpio, iaitu buruj (kelompok bintang) berdekatan. | UMUM | |
SURIRAM | SURIRAM, lagu buaian yang dinyanyikan oleh dayang dalam babak-babak pentas bangsawan untuk menidurkan anak raja. Perkataan ‘Suriram’ adalah rekaan semata-mata sebagai nama timang-timangan yang ditujukan kepada puteri atau putera raja yang diasuh oleh dayang. | BUDAYA | Karya |
PERGAMUM | Pergamum ialah bandar purba agung di barat Asia Kecil (kini Turki). Ia berkemungkinan diasaskan beberapa ratus tahun sebelum menjadi pusat kebudayaan Yunani yang penting pada tahun 200- an S.M. Raja dinasti Attalid memerintah Pergamum selepas tahun 263 S.M. Mereka menjemput ahli falsafah, penulis dan artis ke istana diraja dan menubuhkan perpustakaan yang besar di bandar ini. Mereka juga menggalakkan perdagangan dan pengeluaran tekstil broked dan kertas kulit. Para pengarca Pergamum mengembangkan gaya tersendiri dalam mencipta altar yang mengagumkan yang ditujukan khas kepada Zeus, raja dewa Yunani. Bandar ini mencapai kemuncak kegemilangannya semasa pemerintahan Eumenes II, antara tahun 197 S.M. dan tahun 159 S.M. | UMUM | |
KAMUS PELAJAR | KAMUS PELAJAR, kamus umum yang disusun khas untuk kegunaan pelajar. ‘Pelajar’ dalam konteks perkamusan merujuk kepada orang yang belajar bahasa Melayu. Dalam hal ini ‘kamus pelajar’ secara am dapat dianggap sebagai kamus untuk orang yang belajar bahasa Melayu tidak kira sama ada mereka masih di bangku sekolah atau tidak. Ada juga kamus pelajar yang ditujukan khas kepada orang asing yang ingin belajar bahasa Melayu atau kepada pelajar yang belajar bahasa Melayu sebagai bahasa kedua. | BAHASA | Penerbitan |