KEBOLEHTUKARAN | Kebolehtukaran bermaksud satu mata wang mungkin boleh ditukar dengan satu mata wang atau emas negara lain. Kebolehtukaran memainkan peranan penting dalam perdagangan antarabangsa. | UMUM | |
NILAI | Nilai dalam bidang ekonomi, bermaksud kuasa yang ada pada sesuatu barangan untuk membolehkannya ditukar dengan barangan lain. Nilai berkaitan dengan syarat yang dikenakan apabila menukar sesuatu barangan dengan yang lain. Nilai tidak sama dengan harga. Harga suatu barangan ialah kuasa tukaran dalam bentuk wang. Nilai, bererti kuasa tukaran dalam bentuk barangan lain. | UMUM | |
PUSAT JUAL BELI | Pusat jual beli ialah sejenis pasar tempat barang dagangan dibawa untuk dijual atau ditukar dengan barangan lain. Di Amerika Syarikat, pusat ini memberi perkhidmatan kepada kaum Orang Asli Amerika, Navajo yang tinggal di petempatan simpanan besar di Arizona, New Mexico, dan Utah. Antara barangan yang diurusniagakan termasuk makanan, pakaian, dan peralatan ladang. | UMUM | |
SALINA | Salina ialah novel karya Sasterawan Negara, A. Samad Said. Nama asal novel ini ialah Gerhana, tetapi ditukar menjadi Salina apabila diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pada tahun 1961. Novel ini adalah pemenang hadiah penghargaan Peraduan Novel DBP pada tahun 1958. Salina dianggap oleh kebanyakan pengkritik sastera sebagai novel Melayu yang bermutu dan merupakan salah satu puncak dalam perkembangan kesusasteraan Melayu. Novel ini juga telah diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris, Perancis, Cina, Korea dan Jepun. | UMUM | |
SUMBER SEISMIK | Program pemetaan struktur geologi dengan menggunakan gelombang seismik yang dihasilkan melalui punca buatan dan mengkaji masa kembara gelombang seismik yang terpantul atau terbias akibat perbezaan inpedans akustik di setiap sempadan antara lapisan batuan di dalam bumi. Masa ketibaan gelombang di permukaan bumi boleh ditukar kepada kedalaman dan ini akan menunjukkan gambaran struktur dan kedudukan lapisan batuan di bawah permukaan bumi. | KEJURUTERAAN | Kaedah |
KEMBOJA | Kemboja ialah negara di Asia Tenggara yang bersempadan dengan Thailand, Laos, dan Vietnam. Negara ini juga dikenali sebagai Kampuchea. Nama ini ialah satu variasi ejaan Kemboja. Pada tahun 1989, kerajaan negara ini mengisytiharkan bahawa nama itu ditukar daripada Kampuchea kepada Cambodia. | UMUM | |
OLD VIC | Old Vic ialah teater yang terletak berhampiran Waterloo Station di London. Bertahun-tahun lamanya Old Vic menjadi pusat pementasan drama Shakespear. Pada tahun 1963, tempat ini menjadi rumah sementara bagi National Theatre. Teater ini dibuka pada tahun 1818 sebagai Coburg, tetapi namanya ditukar selepas lawatan Ratu Victoria semasa baginda masih seorang puteri. | UMUM | |
RABU | Rabu ialah nama hari keempat dalam seminggu. Dalam bahasa Inggeris hari Rabu disebut Wednesday . Hari tersebut mendapat namanya daripada Woden, atau Odin, iaitu ketua dewa dalam mitologi Teutonik yang dianggap suci. Pada awal era Kristian, orang Jerman menggelarnya hari Woden. Kemudian, nama tersebut ditukar kepada Wednesday. Orang Rom menamakan hari keempat dalam seminggu ini sempena planet Utarid (Mercury), yang dipercayai mengawal jam pertama pada hari itu. Planet itu pula telah dinamakan sempena dewa Merkuri. Dari sinilah timbulnya perkataan Latin Dies Mercurii . Bahasa Rom yang berasaskan bahasa Latin masih mengekalkan nama ini. Contohnya bahasa Perancis menggelar Wednesday sebagai mercredi . Rabu berasal daripada bahasa Arab al- Arbi‘a’ , iaitu hari keempat dalam seminggu. | UMUM | |
SAMARA | Samara (pend. 1 250 000) ialah pusat pembuatan yang utama di Rusia dan pelabuhan Sungai Volga (lihat Rusia [peta politik]). Sebuah telaga minyak yang besar dan ladang gandum yang subur terletak berhampiran Samara. Loji kuasa hidroelektrik Samara meliputi sebuah empangan di Sungai Volga. Keluaran pembuatannya termasuk kapal terbang, makanan dan lokomotif. Samara ditukar namanya kepada Kuybyshev pada tahun 1935, apabila Rusia menjadi sebuah republik dalam Kesatuan Soviet. Ia dinamakan semula sebagai Samara pada tahun 1991, tidak lama sebelum Republik Soviet menjadi negara merdeka. | UMUM | |
TENAGA NASIONAL BERHAD (TNB) | Tenaga Nasional Berhad (TNB) ialah sebuah agensi yang ditubuhkan pada bulan September 1990 melalui satu usaha perbadanan dan penswastaan oleh Kerajaan Malaysia. Perbadanan ini diletakkan di bawah Jabatan Bekalan Elektrik di bawah Kementerian Tenaga, Telekomunikasi dan Multimedia, Malaysia. TNB bermula dengan penubuhan Lembaga Letrik Pusat pada tahun 1949 dan ditukar nama kepada Lembaga Letrik Negara (LLN) pada tahun 1965. | UMUM | |