TRANSKRIPSI | Proses sintesis molekul-molekul RNA dengan menggunakan molekul DNA sebagai tempat bagi maklumat genetik daripada bentuk DNA ditukarkan kepada bentuk RNA. Ini merupakan sebahagian daripada proses ekspresi gen, iaitu maklumat genetik dalam DNA mengarah kepada pembentukan RNA. Arah aliran informasi di dalam sel merupakan central dogma bidang biologi molekul DNA yang digunakan untuk mensintesis RNA. RNA pula digunakan untuk mengarah pembentukan protein. RNA ialah molekul rantai panjang seperti molekul DNA juga. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa perbezaan antara molekul DNA dan RNA. Tulang belakang bagi membentuk polimer molekul RNA terdiri daripada gula ribos yang menyerupai gula deoksiribos DNA. Ia mempunyai molekul oksigen terikat pada karbon nombor 2', 3', dan 5'. Molekul RNA juga adalah lebih kecil (pendek) daripada DNA kerana ia terdiri daripada bes urasil (U) dan bukan timina (T) seperti yang terdapat pada DNA....Sila Rujuk Ensiklopedia Sains dan Teknologi | KEJURUTERAAN | Teori/Teorem/Hukum |
SETEM PERDAGANGAN | Setem perdagangan ialah premium atau bonus yang diberikan oleh peruncit kepada pembeli barangan yang membeli secara tunai. Setem ini dikumpulkan untuk ditukarkan dengan barangan lain ataupun untuk mendapatkan diskaun daripada barang dagangan peruncit tersebut. Syarikat setem perdagangan menjual setem itu kepada peruncit. Syarikat juga boleh menebus (menukar) setem tersebut untuk mendapatkan pelbagai barangan seperti perkakas, barangan rumah atau peralatan sukan. Kedai koperasi mungkin memberikan setem bagi setiap pembelian. Setem ini juga boleh ditukarkan untuk barangan lain di kedai koperasi. Ahli perniagaan Amerika, Thomas Sperry, menubuhkan syarikat setem perdagangan yang pertama pada tahun 1896. Walaupun penggunaan setem ini telah merosot, masih terdapat syarikat yang memberikan setem ini untuk meningkatkan hasil jualan. | UMUM | |
TERMOMETER | Termometer ialah alat yang mengukur suhu gas, cecair, dan pepejal. Apabila suhu sesuatu bahan berubah, sesetengah sifat fizikal dan kimianya juga berubah. Misalnya, bahan boleh berubah warna, bentuk atau isi padu. Termometer mengukur satu daripada perubahan ini dan biasanya menunjukkan saiz perubahan ini sebagai nombor. Nombor ini boleh ditukarkan kepada nilai suhu dengan menggunakan skala suhu yang sesuai. Skala demikian termasuk Fahrenheit, Celsius, dan Kelvin. | UMUM | |
MINYAK GAS | Minyak gas adalah satu pecahan (bahagian) apabila petroleum dipisahkan melalui penyulingan. Minyak gas didapati lebih kurang pada “pertengahan” penyulingan. Ia lebih berat daripada petrol dan parafin, dan lebih ringan daripada sulingan lube , yang dijadikan minyak pelincir dan lilin. Nama minyak gas diperoleh daripada penggunaan minyak ini dalam pengeluaran bahan api gas. Minyak gas ditukarkan kepada pecahan petroleum yang lebih ringan, seperti petrol dan bahan kimia. Ia juga digunakan untuk minyak diesel dan minyak bahan api. Lihat juga Petroleum (Penapisan petroleum). | UMUM | |
MENDAKI | MENDAKI, pertubuhan orang Melayu Singapura. MENDAKI ialah singkatan Majlis Pendidikan Anak-anak Islam di Singapura. Pertubuhan ini ditubuhkan pada 10 Oktober 1982. Nama pertubuhan ini kemudiannya ditukarkan kepada Majlis Pembangunan Masyarakat Islam Singapura (MENDAKI II) pada bulan Jun 1989. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Kegiatan |
MADRASAH MELAYU SARAWAK | MADRASAH MELAYU SARAWAK, sekolah menengah kerajaan. Sekolah ini ditubuhkan setelah kegagalan Government Lay School. Government Lay School kemudiaannya disatukan dengan Sekolah Kampung Jawa pada tahun 1931. James Brooke menamakan sekolah ini Malay College tetapi kemudiannya ditukarkan kepada Madrasah Melayu Sarawak. Antara pengetua sekolah ini ialah Tuanku Madhi bin Tuanku Osman (1930-1946) dan Haji Jol bin Abdul Rahman (1947-1955). | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
PARTI PERIKATAN | PARTI PERIKATAN, gabungan tiga buah parti politik tiga kaum utama di Tanah Melayu iaitu Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), Malayan Chinese Association (MCA) dan Malayan Indian Congress (MIC). Gabungan ini diasaskan pada tahun 1952 dan ditubuhkan secara rasmi pada tahun 1954. Parti Perikatan telah memerintah Persekutuan Tanah Melayu dari tahun 1955 hingga tahun 1974, sebelum ia ditukarkan kepada nama Barisan Nasional. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Persatuan |
BURSA KOMODITI | Bursa komoditi ialah pasaran bagi hampir semua jenis bahan mentah atau makanan yang dihasilkan dalam kuantiti yang banyak. Bursa komoditi juga dinamakan lembaga perdagangan atau pasaran komoditi. Komoditi (barang-barang) selalu didagangkan tanpa dilihat dan jarang sekali barang-barang itu sendiri ditukarkan secara fizikal. | UMUM | |
SULTAN IDRIS ISKANDAR AL-MUTAWAKKIL ALLALLAHI SYAH II | Kapsyen : Sultan Idris Iskandar al-Mutawakkil Allallahi Syah II SULTAN IDRIS ISKANDAR AL-MUTAWAKKIL ALLALLAHI SYAH II (1924-1984), Sultan Perak yang ke-33 (1963-1984). Baginda diputerakan pada 12 Ogos 1924 di Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak. Baginda ialah putera kedua Sultan Iskandar Syah dan Raja Teh Umi Kalsum binti Raja Muhammad Iskandar. Baginda mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Bukit Chandan pada tahun 1931. Setahun kemudian, baginda ditukarkan ke Sekolah Inggeris Clifford, Kuala Kangsar. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |