Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ditumbuhi


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
RAWANG

Rawang ialah kawasan basah yang ditumbuhi

tumbuhan tidak berkayu seperti mensiang, rumput,

purun, dan rusiga. Kawasan basah yang ditumbuhi

pokok dan belukar dinamakan paya (lihat Paya ).

UMUM 
RAWA

Rawa ialah kawasan tanah yang basah, mampung

yang dicirikan oleh tanah berasid dan ditumbuhi

lumut yang tebal. Di rawa juga terdapat tumbuh-tumbuhan

lain dan banyak tumbuh-tumbuhan yang

telah reput sebahagiannya yang dikenali sebagai

gambut . Kebanyakan rawa terdapat di kawasan

utara, tetapi ia boleh terdapat hampir di seluruh

dunia. Rawa selimut ialah kawasan yang

keseluruhannya diselimuti oleh gambut.

Kebanyakan rawa selimut didapati di Ireland dan

Scotland.

UMUM 
AILANTUS

Ailantus ialah sejenis pokok yang dapat hidup di

bandar dan tempat-tempat yang tidak dapat

ditumbuhi oleh pokok-pokok lain. Ailantus

mempunyai kulit berwarna perang-kelabu yang

licin dan mengeluarkan buah berwarna perang

kemerah-merahan. Ailantus tumbuh dengan cepat

sehingga setinggi 18 meter. Pokok ini berasal dari

China, tetapi kini banyak ditanam di negara-negara

lain. Lihat juga Pokok (Pokok berdaun lebar dan

pokok berdaun jejarum (gambar)).

UMUM 
POKOK KURMA

Pokok kurma ialah pokok yang mengeluarkan

buah kurma. Pokok kurma hidup subur dalam

iklim panas kering. Ia tumbuh di seluruh utara

Afrika dan Timur Tengah, dan ia hidup subur di

wadi, iaitu tempat yang hanya ditumbuhi

beberapa tumbuhan sahaja. Pokok kurma adalah

satu daripada tumbuhan tanaman yang paling tua.

Peradaban awal mula menanam pokok kurma

sekurang-kurangnya 5000 tahun dahulu. Kini, buah

kurma masih menjadi makanan penting kepada

banyak negara di gurun.

UMUM 
ATOL

Atol ialah lingkaran bulat karang di laut lepas yang

terbina di atas tebing yang tenggelam, atau

terbentuk di atas kawah gunung berapi yang telah

tenggelam di bawah permukaan laut. Umumnya

satu lapisan tanah yang nipis terlekat di atas

terumbu karang, dan ditumbuhi tumbuh-tumbuhan.

Tumbuh-tumbuhan tropika hidup subur di atas atol,

dan ia menjadi pulau karang. Atol mengepungi

kolam atau lagun yang cetek. Satu saluran atau lebih

biasanya menghubungkan lagun kebanyakan atol

dengan laut di sekelilingnya, di bahagian hadap

angin. Atol ditemui terutamanya di Lautan Pasifik.

Lihat juga Karang .

UMUM 
NABI ISMAIL A.S.

Nabi Ismail a.s. ialah seorang nabi dan rasul,

anak kepada Nabi Ibrahim a.s. dan ibu baginda Hajar

berasal dari Mesir. Sarah, isteri pertama Nabi

Ibrahim a.s. tidak dapat melahirkan zuriat pada

waktu itu dan telah dihadiahkan seorang hamba

perempuan oleh Raja Mesir untuk berkhidmat

kepadanya. Dengan alasan tidak dapat melahirkan

anak, Sarah telah memberikan hamba tersebut iaitu

Hajar, kepada suaminya Nabi Ibrahim a.s. dengan

harapan dapat melahirkan seorang anak yang dapat

menggembirakan mereka. Akhirnya mereka

dikurniakan seorang anak dengan kelahiran Nabi

Ismail a.s. Setelah itu, perasaan cemburu mula

timbul di hati Sarah lalu dia merayu suaminya

membawa anak tersebut bersama-sama ibunya ke

suatu tempat yang jauh daripada pandangan

matanya. Hikmah Allah SWT sememangnya

menghendaki perkara tersebut berlaku, lalu Nabi

Ibrahim a.s. memperkenankan permintaan isterinya.

Allah SWT mewahyukan kepada Nabi Ibrahim a.s.

untuk membawa Nabi Ismail a.s. bersama-sama

ibunya dan menempatkan kedua-duanya di suatu

wadi yang tidak ditumbuhi sebarang tumbuhan. Ini

merupakan satu ujian kepada Nabi Ibrahim a.s., iaitu

perpisahan dengan anaknya yang sangat dicintai.

UMUM 

Kembali ke atas