Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata diuji

Puisi
 

Orang singgah Kuala Daik,
     Beli durian dalam perahu;
Jikalau sudah emas yang baik,
     Tak payah diuji orang pun tahu.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Diuji sama merah,
     ditahil (= dikati) sama berat.

Bermaksud :

Sudah sepadan benar.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SURAH AL-MUMTAHANAH

Surah al-Mumtahanah ialah salah satu

daripada surah Madaniyyah, surah yang ke-60

mengikut susunan surah-surah al-Qur’an dan

mengandungi 13 ayat. Surah ini dinamakan al-

Mumtahanah (perempuan yang diuji imannya)

kerana berdasarkan firman Allah S.W.T. dalam

surah ini yang bermaksud:

Wahai orang-orang yang beriman! Apabila

orang-orang perempuan yang mengaku beriman

datang berhijrah kepada kamu, maka ujilah (iman)

mereka, Allah lebih mengetahui akan iman mereka;

dengan yang demikian sekiranya kamu mengetahui

bahawa mereka beriman, maka janganlah kamu

mengembalikan mereka kepada orang-orang yang

kafir”.

(Surah al-Mumtahanah 60:10)

UMUM 
ADAT PERKAHWINAN MELAYU SARAWAK

ADAT PERKAHWINAN MELAYU SARAWAK, adat perkahwinan yang diamalkan oleh masyarakat Melayu Sarawak di Kuching, Seri Aman, Miri, Sibu, Bintulu dan Limbang. Adat perkahwinan dan peraturan kekeluargaan penduduk Melayu Sarawak tertakluk kepada Undan-undang Mahkamah Melayu Sarawak yang mula dilaksanakan pada tahun 1910 di bawah pentadbiran Majlis Islam.

            Perkahwinan di kalangan masyarakat Melayu Sarawak terbahagi kepada lima. Pertama, ‘nikah benar’ iaitu perkahwinan yang biasa berlaku dan mengikut segala peraturan hukum dan adat yang biasa. Kedua, ‘nikah salah’ iaitu perkahwinan setelah melakukan perbuatan yang curang atau sumbang. Ketiga, ‘nyerah diri’ dan keempat, ‘ngekot’, serta kelima, ‘basuh kaki’. Nyerah diri berlaku jika lelaki menyerahkan dirinya kepada keluarga perempuan yang berada kerana tidak mampu untuk berkahwin mengikut adat. Keluarga perempuan boleh menghalau atau menolaknya secara lembut dengan mengenakan syarat yang ketat. Ngekot pula berlaku jika perempuan lari dari rumah untuk mengikut kekasihnya. Basuh kaki ialah perkahwinan yang sebahagian besar belanjanya ditanggung oleh pihak perempuan.

 

Merisik           Mencari jodoh dilakukan melalui keserasian antara pasangan lelaki dan perempuan. Apabila ibu bapa merasakan anak lelaki mereka sudah cukup umur untuk berkahwin, mereka akan mencadangkan nama beberapa orang gadis daripada saudara dekat dengan mengambil kira persamaan status dalam masyarakat. Anak lelaki dibenarkan membuat pilihannya sendiri dan pemilihannya itu diuji melalui ‘berugam’. Upacara menguji keserasian ini dijalankan oleh orang perempuan sahaja. Barang yang digunakan dalam upacara ini ialah ‘turak’ (alat penenun yang bulat), beras, tepung tawar iaitu tepung beras yang dicampur dengan limau, sirih tiga kapur dan tiga gulung rokok.

           

BUDAYAKonsep

Kembali ke atas