| PLAT BUKU | Plat buku ialah label yang dicetak atau diukir dan dilekatkan pada buku sebagai tanda pemilikan. Ia biasanya dibuat dengan kertas, tetapi kadang- kadang velum (kulit haiwan yang disamak dan berkualiti tinggi), kulit dan bahan lain digunakan. Plat buku yang paling baik diukir melalui proses mekanis. Label yang sederhana dicetak nama pemilik dan alamat yang menjadikan plat buku lebih memuaskan, dan tidak mahal. | UMUM | |
| TANGLUNG LABU | Tanglung labu ialah nama yang biasa diberikan kepada labu kosong yang mata, hidung, dan mulutnya diukir di satu sisi sahaja. Tanglung labu biasanya dibuat pada 31 Oktober iaitu hari Halloween. Lilin atau lampu diletakkan di dalam labu ini, dan cahaya yang bersinar membentuk objek yang seram melalui bentuk yang telah diukir. Istilah ini juga merujuk kepada cahaya seram yang kerap bersinar dari tunggul atau balak yang reput di tanah berpaya. Api St. Elmo kadang-kadang dikenal sebagai tanglung labu. Lihat juga Api Saint Elmo; Hallowen. | UMUM | |
| KAMEO | Kameo ialah permata yang dituris dengan corak yang diukir supaya ia timbul dari permukaan. | UMUM | |
| PULAU EASTER | Pulau Easter ialah pulau di Lautan Pasifik Selatan yang terkenal sebagai tempat terdapatnya patung gergasi manusia yang diukir sejak ratusan tahun yang lalu. Pulau ini terletak kira-kira 3700 kilometer ke bahagian barat Chile. Untuk lokasinya, lihat Kepulauan Pasif i k (peta). Pulau Easter diperintah oleh kerajaan Chile sejak tahun 1888. | UMUM | |
| SENI TERA JEPUN | Seni tera Jepun ialah sejenis ilustrasi Jepun yang dicetak di atas kertas dengan menggunakan bongkah kayu yang telah diukir. Kebanyakan seni tera Jepun yang terkenal dihasilkan dari tahun 1600-an hingga akhir tahun 1800-an. Seni tera ini terkenal kerana coraknya yang sangat menarik, warnanya yang garang dan juga kerana mutu teknikalnya. | UMUM | |
| ALTAR | Altar ialah tempat yang dibina atau objek yang menjadi pusat pemujaan agama. Altar boleh dibuat dari timbunan tanah ataupun batu yang diukir. | UMUM | |
| MEMORIAL NASIONAL GUNUNG RUSHMORE | Memorial Nasional Gunung Rushmore ialah suatu ukiran besar yang dibuat pada cerunan granit yang disebut sebagai Gunung Rushmore. Tugu ini terletak di kawasan Black Hills, Dakota Selatan, Amerika Syarikat. Pada tugu ini diukir wajah empat orang Presiden Amerika Syarikat iaitu George Washington, Thomas Jefferson, Theodore Roosevelt, dan Abraham Lincoln. Ukiran kepala Washington ialah setinggi bangunan lima tingkat (lebih kurang 18 meter). Ini adalah mengikut skala yang bersesuaian dengan manusia yang tingginya 142 meter. | UMUM | |
| MAHOGANI | Mahogani sering dikenali sebagai kayu kabinet yang terbaik di dunia kerana ia mempunyai kebanyakan sifat yang diperlukan untuk membuat perabot. Kayu ini kuat, cukup keras, dan tahan sebagai perabot, tetapi cukup mudah untuk digergaji atau diketam, dan diukir. Mahogani tidak mengecut, mengembang, atau meleding seperti kebanyakan kayu lain yang sama kerasnya. Kayunya mempunyai warna dan ira yang menarik, dan berkilat. | UMUM | |
| MAHKOTA | Mahkota ialah perhiasan bulat yang dipakai di atas kepala atau di sekeliling kepala sebagai simbol kuasa, merit, dan kehormatan. Mahkota diraja ialah simbol kuasa tertinggi raja atau permaisuri, tetapi biasanya dipakai pada upacara negara sahaja. Mahkota seperti itu diperbuat daripada emas, diukir dan dihiasi batu permata yang mahal. | UMUM | |
| AEGIS | Aegis, mengikut dongeng orang Yunani purba, ialah nama perisai yang dibuatkan oleh Vulcan untuk Jupiter. Jupiter mencipta guruh dengannya. Minerva (Athena), anak perempuan Jupiter, membawa perisai ini bersama-samanya sebagai lambang kuasa, apabila dia keluar menjalankan tugas bagi pihak ayahnya. Di bahagian tengah perisai tersebut terukir kepala Medusa, anak perempuan dewa laut, Phorcys. Kepala yang diukir ini dikatakan dapat menukar manusia kepada batu. | UMUM | |