PIROMETRI | Pirometri ialah sistem mengukur suhu. Ia biasanya merujuk kepada suhu yang terlalu tinggi untuk diukur dengan termometer. Dalam tanur tembikar, bukan sahaja suhu, tetapi juga kesan haba perlu diukur. Kon pirometrik , atau kon Seger, kadangkala digunakan. Kon kecil berbentuk piramid ini dibuat daripada tanah liat dan garam, dan akan cair pada suhu tertentu dalam tempoh tertentu. Lingkaran tanah liat yang tidak terbakar juga digunakan di dalam tanur untuk mengukur kesan haba. | UMUM | |
BERAT MOLEKUL PURATA | Nilai berat molekul sesuatu polimer yang diukur atau dihitung secara purata mengikut bilangan dan berat setiap saiz yang wujud dalam polimer tersebut. | KEJURUTERAAN | Konsep |
SUHU | Suhu ialah betapa panas atau sejuknya sesuatu yang diukur pada skala tertentu. Konsep suhu berkaitan rapat dengan aliran haba di antara dua objek berkaitan yang berbeza suhunya. Haba sentiasa bergerak dari objek yang lebih panas kepada objek yang lebih sejuk. | UMUM | |
AZIMUT | Azimut ialah ukuran di sepanjang ufuk sudut di antara objek dengan titik rujukan. Titik rujukan ini biasanya di utara, dan sudut ini diukur mengikut arah pusingan jam. Objek yang terletak di timur akan mempunyai azimut 90 ° . Angin dari arah 27 ° ialah yang bertiup dari barat. Azimut boleh juga diukur dari titik di selatan. Dalam kes ini, objek dengan azimut 135 ° akan terletak di barat laut. Titik rujukan boleh digambarkan dengan lebih jelas lagi dengan memberi arahnya sebagai S 135 ° B. | UMUM | |
TARAF HIDUP | Taraf hidup biasanya merujuk kepada taraf ekonomi yang dicapai oleh seseorang individu, keluarga atau negara. Taraf hidup boleh diukur melalui nilai barangan dan perkhidmatan yang dihasilkan atau digunakan oleh individu, keluarga atau negara dalam satu tempoh waktu yang ditetapkan. Tafsiran lain tentang taraf hidup adalah berasaskan matlamat yang ditetapkan oleh orang ramai untuk diri mereka sendiri sebagai pengguna. Dengan kata lain, apabila seseorang mempunyai jumlah yang mencukupi dari segi keperluan untuk hidup dengan selesa dan gembira, mereka telah mencapai taraf hidup mereka. | UMUM | |
NEUTRINO | Neutrino adalah mana-mana satu daripada beberapa jenis zarah subatom yang tidak mempunyai cas elektrik atau jisim yang boleh diukur. Neutrino bergerak pada atau hampir dengan kelajuan cahaya. Ia dihasilkan apabila nukleus atom atau zarah subatom yang tidak stabil berkecai. Neutrino tergolong dalam famili zarah lepton , yang termasuk elektron dan dua jenis zarah yang lebih berat, yang dikenali sebagai muon dan tau (lihat Lepton ). | UMUM | |
TENAGA | Tenaga , dalam fizik, ialah keupayaan untuk melakukan kerja. Misalnya, memecutkan kereta atau mengangkat seketul batu memerlukan kerja. Kerja dan tenaga diukur dalam unit yang sama. Kita kerap mengelirukan tenaga, kuasa dan daya. Kuasa ialah kadar kerja dilakukan. Daya ialah tolakan atau tarikan terhadap benda atau jasad. Daya akan menghasilkan kerja selagi daya menggerakkan objek. Amaun kerja akan ditentukan oleh kekuatan daya yang digunakan dan sejauh mana jarak objek bergerak. Tenaga yang dikaitkan dengan pergerakan dinamakan tenaga mekanik . | UMUM | |
OHM | Ohm ialah unit yang digunakan untuk mengukur rintangan terhadap laluan arus elektrik. Semua bahan merintang aliran arus elektrik. Tetapi sesetengah bahan merintang lebih kuat daripada bahan-bahan lain. Bahan yang tidak banyak merintang dinamakan pengalir . Bahan yang banyak merintang dinamakan penebat. Rintangan elektrik ( R ), diukur dalam ohm, bersamaan dengan daya elektromotif ( E ) yang menghasilkan arus elektrik, diukur dalam volt , dibahagi dengan arus ( I ), diukur dalam ampere . Ohm = volt atau R = E ampere I | UMUM | |
TEKANAN | Tekanan , ditakrifkan sebagai daya per unit keluasan. Dalam fizik, istilah ini biasanya digunakan pada bendalir (gas atau cecair). Jika bendalir dikenakan daya yang sesuai, tekanan terhasil di dalamnya. Semakin besar daya, semakin besar tekanan. Tekanan diukur dalam kilogram per sentimeter persegi, atau pascal dalam sistem metrik. Ia diukur dalam paun per inci persegi dalam sistem imperial. | UMUM | |
MENARA CONDONG PISA | Menara Condong Pisa ialah sebuah menara loceng yang terletak di Pisa, Itali. Strukturnya terkenal kerana kecondongannya sebanyak 4.4 meter daripada garisan asal apabila diukur daripada tingkat ketujuh. Menara ini condong kerana tapak asasnya telah dibina di atas tanah yang tidak stabil. Pembinaan menara berkenaan bermula pada tahun 1173 dan telah disiapkan antara tahun 1360 dan 1370. Tanah di bawah menara berkenaan mula terbenam selepas tiga tingkat pertama siap dibina. Menara berkenaan ditutup pada awal tahun 1990-an bagi membolehkan kerja-kerja pembaikan dilakukan dengan segera. | UMUM | |