RONDO | Rondo ialah satu bentuk gubahan muzik, di mana bahagian utama atau temanya, diulang sekurang-kurangnya sebanyak tiga kali dalam nada yang sama. | UMUM | |
SYAITAN | Syaitan ialah makhluk yang sangat jahat dan suka menyesatkan manusia. Dalam al-Qur’an perkataan iblis dan syaitan banyak kali diulang dalam ayat-ayat yang berlainan. Perkataan iblis disebut dalam bentuk kata tunggal sebanyak 11 kali, sementara perkataan syaitan disebut dalam bentuk kata tunggal dan kata jamak sebanyak 18 kali. Begitu juga perkataan al-Jin dan al-Jinnah dalam beberapa ayat dalam al-Qur’an yang disebut dalam bentuk kata tunggal dan kata jamak kebanyakannya membawa makna syaitan. | UMUM | |
PINDAR | Pindar (522?–443 S.M.) ialah penyair lirik agung Yunani. Dia disanjung kerana mencipta oda Pindar. Jenis oda ini terbina daripada tiga rangkap iaitu strop, antistrop, dan epod – yang diulang bersiri. Pindar menggubah puisi yang sangat indah dan halus ini untuk meluahkan sanjungan dan pujian terhadap acara tertentu seperti meraikan kejayaan atlit dalam pertandingan sukan kebangsaan yang hebat. | UMUM | |
TENGGELAMNYA KAPAL VAN DER WIJCK | TENGGELAMNYA KAPAL VAN DER WIJCK, novel karya HAMKA yang pernah disiarkan secara bersiri dalam majalah Pedoman Masyarakat pada tahun 1939. Tenggelamnya Kapal van der Wijck diterbitkan oleh M. Sjarkawi di Medan pada tahun 1939. novel ini telah diulang cetak pada tahun 1949. Cetakan ketiga (1951) hingga ketujuh novel ini dibuat di Jakarta oleh Balai Pustaka. Pada tahun 1976 hingga tahun 1986, novel ini telah diulang cetak sebanyak 10 kali oleh penerbit Bulan Bintang. Mulai tahun 1963, novel ini diterbitkan di Malaysia oleh Pustaka Antara, Kuala Lumpur. | SASTERA | Karya |
SURAT KERTAS HIJAU | SURAT KERTAS HIJAU, kumpulan puisi Sitor Situmorang. Surat Kertas Hijau diterbitkan pada tahun 1953 oleh Pustaka Rakyat, Jakarta. Kumpulan puisi ini telah diulang cetak pada tahun 1978. Cetakan ketiga pada tahun 1985 telah diterbitkan oleh Penerbit Dian Rakyat. Surat Kertas Hijau merupakan kumpulan puisi Sitor Situmorang yang pertama terbit setelah dia merantau ke Eropah dari tahun 1950 hingga tahun 1952. | SASTERA | Karya |
ROBOHNYA SURAU KAMI | ROBOHNYA SURAU KAMI, kumpulan cerpen karya A.A. Navis. Kumpulan cerpen ini mengandungi 121 halaman. Ia dicetak pada tahun 1956 oleh penerbit Nusantara dan diulang cetak pada tahun 1961 dan 1966 oleh penerbit yang sama. | SASTERA | Karya |
TELEPATI | Telepati ialah komunikasi fikiran, perasaan, atau pengetahuan daripada seseorang kepada seseorang yang lain tanpa menggunakan sebarang deria biasa seperti pendengaran, penglihatan, bau, rasa, atau sentuhan. Kadangkala telepati dikenali sebagai pembacaan fikiran atau penghantaran fikiran. Telepati boleh berlaku misalnya jika seseorang memikirkan sesuatu yang khusus dan orang lain dapat menyatakan atau menulisnya dengan tepat. Bagaimanapun, untuk menunjukkan adanya telepati, perlakuan tadi hendaklah diulang dan tidak boleh diterangkan dengan cara yang lain. | UMUM | |
PERTEMUAN | PERTEMUAN, novel karya A. Datuk Pamuncak Nan Sati. Novel ini pertama kali diterbitkan pada tahun 1927 dan sudah pun diulang cetak sebanyak tiga kali. Cetakan yang terakhir pada tahun 1961. novel setebal 191 halaman ini mengandungi tujuh keping gambar karya Hasan Basri. Gambar kulit depan adalah tokoh utama, Masri yang cuba membunuh diri terjun ke tebing laut yang curam, tetapi berjaya ditangkap dari belakang oleh Rasdiana, kekasihnya. | SASTERA | Karya |
PERCIKAN PERMENUNGAN | PERCIKAN PERMENUNGAN, kumpulan puisi Rutam Effendi. Kumpulan puisi ini diterbitkan pada tahun 1920-an dan diulang cetak pada tahun 1953. Kumpulan ini bersama-sama drama Bebasari dikarang oleh Rustam, sebelum dia dibuang negeri ke Belanda akibat kegiatan politiknya menentang Belanda. | SASTERA | Karya |
SALAH ASUHAN | SALAH ASUHAN, novel karya Abdul Muis. Novel setebal 231 halaman ini diterbitkan pertama kali oleh Balai Pustaka pada tahun 1928. Hingga tahun 1990, novel ini telah diulang cetak sebanyak 18 kali. Pada tahun 1969, Salah Asuhan mendapat hadiah tahunan dari pemerintah Republik Indonesia bersama-sama novel Siti Nurbaya, Belenggu dan Atheis. Pada tahun 1972, novel ini telah difilemkan. Salah Asuhan juga telah diterjemahkan ke dalam bahasa Cina dan Jepun. | SASTERA | Karya |