Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata diusir


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PERANG CROFTER

Perang Crofter ialah satu siri rusuhan petani di

Scotland dari tahun 1882 hingga tahun 1888.

Ramai penduduk di Tanah Tinggi Scotland yang

tinggal di situ pada tahun-tahun sebelumnya telah

diusir secara sistematik daripada kawasan tanah

tengah oleh tuan tanah yang mahu

memperkenalkan penternakan biri-biri ke

kawasan itu. Mereka yang diusir telah membuka

petempatan di bidang tanah yang dikenali sebagai

croft. Banyak tanah croft ini terletak di pulau dan

ada yang masih wujud hingga kini. Kemudian,

tuan tanah mengambil lebih banyak tanah ladang

untuk tujuan memburu rusa, dan menembak

burung dan menghalau penyewa lain dengan

mengenakan tunggakan sewa. Tindakan ini

ditentang oleh penyewa tersebut.

UMUM 
ANTIGONE

Antigone , dalam mitologi Yunani, ialah puteri Raja

Oedipus dan Permaisuri Jocasta, yang memerintah

Thebes. Oedipus secara tidak sedar membunuh

bapanya dan mengahwini ibunya. Apabila

menyedari apa yang telah dilakukannya, dia

membutakan matanya dan kemudiannya diusir dari

Thebes. Antigone menemani bapanya sebagai

pemandu semasa bapanya berada dalam buangan

(lihat Oedipus ).

UMUM 
SAFIYYAH BINT HUYAY

Safiyyah bint Huyay (?–50 H. / ?–670 M.), salah

seorang daripada isteri Rasulullah s.a.w. Nama

sebenarnya ialah Safiyyah bint Huyay ibn Akhtab. Dia

berasal daripada keturunan Yahudi Bani Nadir yang

tinggal di Madinah. Dia diusir dari Madinah bersama

kaumnya ke Khaybar. Ayahnya telah bekerjasama

menyokong kumpulan Ahzab untuk menentang

orang Islam dan telah dihukum bunuh bersama Bani

Qurayzah. Safiyyah dikahwini oleh Salam ibn

Mashkum al-Qarziy dan kemudiannya bercerai.

Seterusnya dia dikahwini oleh Kinanah ibn al-Rabi‘ al-

Nadriy. Kinanah terbunuh dalam Perang Khaybar

pada tahun ketujuh Hijrah apabila tentera Islam

mencapai kemenangan dalam peperangan tersebut.

Safiyyah ialah salah seorang tawanan perang

tersebut. Dia dimiliki oleh Dahiyyah ibn Khalifah al-

Kalbiy tetapi Rasulullah s.a.w. membebaskannya lalu

diislamkannya dan dikahwininya. Hadith yang

diriwayatkannya daripada Rasulullah adalah sedikit

iaitu 10 hadith. Dia meninggal dunia di Madinah pada

zaman pemerintahan Khalifah Mu’awiyah. Lihat Isteri-

isteri Rasulullah s.a.w.

UMUM 
ASHURBANIPAL

Ashurbanipal, yang juga dieja Assurbanipal ,

ialah raja besar Assyria yang terakhir. Selama

pemerintahannya (668–627 S.M.), Assyria menjadi

kuasa dunia yang utama. Empayarnya termasuk

Babylonia, Parsi, Syria, dan Mesir. Tetapi dalam

pemerintahannya juga kuasa Assyria mula merosot.

Pada tahun 651 S.M., orang Assyria diusir keluar

dari Mesir. Perang saudara dengan Babylonia

melemahkan lagi empayarnya, walaupun Assyria

memenangi perang itu pada tahun 648 S.M.,

Ashurbanipal merupakan pahlawan yang digeruni

dan penaung seni yang agung. Di istana dirajanya,

baginda mengumpulkan satu koleksi besar tulisan

Sumeria, Babylonia, dan Assyria. Perpustakaan

yang terdiri daripada batu bersurat daripada tanah

liat ini, kini tersimpan di Muzium British,

merupakan panduan yang paling baik tentang

sejarah Mesopotamia.

Lihat juga Dunia, Sejarah (gambar).

UMUM 
ADAT PERKAHWINAN MINANGKABAU

ADAT PERKAHWINAN MINANGKABAU, adat perkahwinan yang diamalkan oleh masyarakat Minangkabau yang tinggal di Sumatera Barat, Indonesia. Adat perkahwinan Minangkabau mengikut pola sistem nasab ibu. Fungsi terpenting perkahwinan adalah untuk mengakrabkan hubungan  antara kaum, atau menaikkan status dan prestij kaum atau keluarga. Perkahwinan yang paling baik adalah antara anak dengan kemenakan atau anak dengan bako (keluarga sebelah bapa), antara mereka yang telah punya hubungan kerabat dan antara mereka yang sekampung. Baik Islam mahupun adat, melarang perkahwinan sesuku, demi mencegah keterkongkongan suku. Orang yang melanggar adat di pulau atau diusir keluar dari ‘nagari’ (kampung). Satu lagi perkahwinan yang tidak direstui dan melanggar adat ialah perkahwinan dengan janda seorang kerabat, kaum atau tetangga. Orang Minangkabau juga mengamalkan perkahwinan yang unik ialah ganti lapik dan cina buta. Ganti lapik perkahwinan antara seorang duda atau janda dengan saudara pasangannya yang telah meninggal dunia. Perkahwinan ini bertujuan menyambung semula ikatan yang diputuskan oleh takdir. Cina buta disebut juga cendera buta.

 

BUDAYAKonsep

Kembali ke atas