DEWEY, JOHN | Dewey, John (1859–1952) ialah ahli falsafah dan pendidik Amerika. Dia salah seorang ahli falsafah pertama yang dipengaruhi oleh psikologi dan teori evolusi yang diutarakan oleh ahli alamiah Inggeris, Charles Darwin. | UMUM | |
SYAIR ALEGORI | SYAIR ALEGORI, syair yang disampaikan dalam bentuk perlambangan atau kiasan. Watak binatang, tumbuhan serta cakerawala menggantikan watak manusia dengan tujuan melindungi watak dan peristiwa yang sebenarnya. Penulis menyampaikannya dalam bentuk perlambangan kerana umumnya peristiwa itu berlaku di kalangan golongan bangsawan. Unsur simbolik biasanya digambarkan melalui penglihatan kesedaran manusia. Syair ini hanya dapat diutarakan sebagai simbolik dengan mengetahui maksud yang tersembunyi pada beberapa unsur di dalamnya. | SASTERA | Konsep |