Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata diwartakan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PELABUHAN BEBAS CUKAIPelabuhan yang diwartakan oleh kerajaan sebagai pelabuhan yang dikecualikan cukai terhadap barangan import.GEOGRAFI DAN GEOLOGIKonsep
MONUMEN KEBANGSAAN WHITE SANDSMonumen Kebangsaan White Sands terletak di selatan New Mexico, Amerika Syarikat. Ia terdiri daripada timbunan besar pasir gipsum yang diterbangkan angin lalu membentuk bukit pasir (gumuk). Ketika cahaya terang, bukit pasir ini kelihatan seperti padang salji yang luas. Monumen ini diwartakan pada tahun 1933.UMUMUmum
HUTAN SIMPAN

Hutan simpan, hutan yang diwartakan untuk mengelakkan kawasan itu daripada diceroboh dan dieksploitasi oleh manusia.

GEOGRAFI DAN GEOLOGIKonsep
KAMPUNG BARU

KAMPUNG BARU, petempatan orang Melayu yang tertua di Kuala Lumpur. Nama Kampung Baru mengambil sempena daripada pengisytiharan sebuah kawasan yang mula diwartakan oleh kerajaan British pada akhir abad ke-19. Pembentukan Kampung Baru secara rasmi diisytiharkan pada tahun 1899. Sebenarnya, Kampung Baru diasaskan lebih awal oleh para peneroka. Golongan peneroka awal ini sebahagian besarnya merupakan para perantau dari Jawa, Bawean, Minangkabau, Mandailing dan Kerinci. Selain itu, ramai juga mereka yang berasal dari Melaka.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat

Kembali ke atas