DOKTOR MATA | Doktor mata ialah doktor yang merawat gangguan dan penyakit mata. Lihat Oftalmologi. | UMUM | |
NITRUS OKSIDA | Nitrus oksida ialah gas tanpa warna dan bau yang digunakan oleh doktor dan doktor gigi untuk membuatkan pesakit tidak merasai kesakitan. Dadah ini biasanya dikenali anestetik. Nitrus oksida lebih dikenali sebagai gas ketawa , kerana selepas menyedutnya, orang akan terangsang dan menjadi seperti orang bodoh. Nitrus oksida menyebabkan keadaan tidak sedarkan diri jika jumlah yang secukupnya disedut. | UMUM | |
PERKHIDMATAN DOKTOR UDARA | Perkhidmatan Doktor Udara merupakan suatu perkhidmatan perubatan yang luar biasa bermula di Australia. Melalui perkhidmatan ini, penduduk yang tinggal di kawasan pedalaman menerima perkhidmatan dan rawatan perubatan. Perkhidmatan ini, secara rasminya dikenali sebagai Perkhidmatan Doktor Udara Diraja, berpusat di 12 pangkalan radio utama. Ia terletak di Alice Springs, di Wilayah Utara; Cairns, Mount Isa, dan Charleville, di Queensland; Broken Hill, di New South Wales; Port Augusta, di Australia Selatan; dan Kalgoorlie, Meekatharra, Carnarvon, Port Hedland, Derby, dan Wyndham, di Australia Barat. Dari pangkalan- pangkalan ini, para doktor terbang lebih daripada tiga juta kilometer setahun. | UMUM | |
IKAN DOKTOR | | UMUM | |
PERUBATAN VETERINAR | Perubatan veterinar ialah cabang perubatan yang menangani penyakit haiwan. Doktor haiwan dikenali sebagai doktor veterinar . Khidmat mereka terutamanya bernilai kerana banyak penyakit haiwan boleh menjangkiti manusia. Penyakit demikian dikenali sebagai zoonose . Ia termasuk rabies , bruselosis, tuberkulosis, psitakosis (demam nuri) dan tularemia (demam arnab). | UMUM | |
DOOLEY, THOMAS ANTHONY, III | Dooley, Thomas Anthony, III (1927–1961), doktor Amerika yang menjadi masyhur pada tahun 1950-an sebagai doktor hutan di Laos. | UMUM | |
ANDERSON, ELIZABETH GARRETT | Anderson, Elizabeth Garrett (1836–1917) merupakan doktor perintis wanita Inggeris. Selepas menerima penentangan yang hebat, dia berkelayakan menjadi doktor pada tahun 1865. Pada tahun 1870, dia memperoleh ijazah perubatan di University of Paris. Selama hampir 30 tahun, dia merupakan satu-satunya ahli wanita British Medical Association. Dia merupakan ketua jabatan London School of Medicine for Women selama 20 tahun. Anderson lahir di London, tempat terletaknya sebuah hospital yang mengambil sempena namanya. | UMUM | |
SEFALOSPORIN | Sefalosporin ialah sebarang kumpulan antibiotik yang digunakan secara meluas. Doktor menggunakan sefalosporin untuk merawat pelbagai jangkitan bakteria, termasuk penyakit sistem pernafasan, saluran kencing, aliran darah, dan kulit. Doktor juga menggunakan sefalosporin untuk mencegah jangkitan berikutan daripada pembedahan. | UMUM | |
STETOSKOP | Stetoskop ialah sejenis alat yang digunakan oleh doktor untuk mendengar bunyi yang dihasilkan oleh organ tertentu dalam tubuh, seperti jantung, paru-paru, usus, vena, dan arteri. Stetoskop dapat mengesan bunyi daripada organ ini serta menahan bunyi lain daripada mengganggu. Kaedah mendengar ini, yang dikenali dengan istilah auskultasi, dapat membantu doktor mengenal pasti penyakit. Doktor boleh mengesan perubahan bunyi organ yang disebabkan oleh penyakit yang berlainan jenis. | UMUM | |
PSIKIATRI | Psikiatri ialah cabang perubatan yang berkaitan dengan diagnosis dan rawatan penyakit mental. Pakar psikiatri ialah doktor yang menjalani latihan beberapa tahun untuk merawat pesakit mental selepas layak menjadi doktor. | UMUM | |