| ASMAH HAJI OMAR, DATO' | Asmah Haji Omar, Dato’ (1940– ), ahli bahasa. Dia ialah orang pertama yang dilantik menjadi Profesor Linguistik Melayu di Universiti Malaya. Asmah juga merupakan wanita Melayu pertama yang mendapat ijazah Doktor Falsafah. | UMUM | |
| SYED HUSSEIN ALATAS | SYED HUSSEIN ALATAS (1928-2007), ahli akademik dan pemikir intelektual. Beliau lahir pada 17 September 1928 di Bogor, Indonesia. Beliau menerima pendidikan awal di English College, Johor Bahru. Pada tahun 1948, beliau melanjutkan pengajiannya di University of Amsterdam, Belanda dan memperoleh ijazah Sarjana Muda pada tahun 1952. Pada tahun 1956, beliau mendapat ijazah Sarjana dalam bidang Sosiologi dan pada tahun 1963, beliau menerima ijazah Doktor Falsafah dari universiti yang sama. Beliau ialah anak Melayu pertama di Malaysia yang mendapat ijazah Doktor Falsafah. Dari segi penguasaan bahasa, selain boleh menulis dan membaca dalam bahasa Melayu, Inggeris, Belanda dan Sunda, beliau boleh bertutur dan membaca dalam bahasa Jerman. | BUDAYA | Tokoh |
| ASAD, NASIR AL-DIN AL- | Asad, Nasir al-Din al- (1923– ), sasterawan, sarjana, pengkaji, ahli politik dan pendidik yang berpengalaman. Dia lahir di bandar al-‘Aqabah, Jordan. Dia menyambung pelajarannya di Fakulti Bahasa Arab di al-Quds lalu memperoleh Ijazah kelas dua dan Diploma Pendidikan pada tahun 1943. Kemudian, dia memperoleh Ijazah Sarjana Muda dengan kepujian dalam bidang sastera pada tahun 1947, Ijazah Sarjana pada tahun 1951, dan pada tahun 1955, doktor falsafah daripada Universiti al- Azhar. | UMUM | |
| BUNSEN, ROBERT WILHELM EBERHARD | Bunsen, Robert Wilhelm Eberhard (1811–1899), ahli kimia Jerman. Bunsen dilahirkan pada 31 Mac 1811 di Göttingen. Beliau melanjutkan pengajiannya di University of Göttingen dan berjaya menerima Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Fizik ketika berumur 19 tahun. | KIMIA | Tokoh |
| UMAR KAYAM | UMAR KAYAM (1932- ), budayawan dan penulis Indonesia. Dia lahir pada 30 April 1932 di Ngawi, Jawa Tengah, Indonesia. Dia mendapat pendidikan tinggi di Universitas Gadjah Mada sebelum menyambung pada peringkat sarjana di New York dan pada peringkat Doktor Falsafah di Cornell (1965). Setelah menamatkan pengajiannya di Amerika Syarikat, dia kembali ke Indonesia dan menjadi Direktor Jenderal Radio, Televisi dan Film Departemen Penerangan Republik Indonesia (1966-1969). Dari tahun 1969 hingga tahun 1972, dia menjadi Ketua Dewan Kesenian Jakarta dan Rektor Lembaga Pendidikan Kesenian Jakarta. Dari tahun 1975 hingga tahun 1976, dia menjadi Direktor Pusat Latihan Ilmu-ilmu Sosial Universitas Hasanuddin. Kini, dia menjadi Kepala Pusat Penelitian Kebudayaan Universitas Gadjah Mada, dan Guru Besar di Fakultas Sastera di universiti tersebut. | SASTERA | Tokoh |
| COLLINS, JAMES T. | COLLINS, JAMES T. (1946- ), pengkaji bahasa Melayu berbangsa Amerika. Dia lahir di Chicago, Amerika Syarikat. Nama penuhnya ialah James Thomas Collins. Collins memperoleh ijazah Sarjana Muda dalam bidang linguistik dari University of Chicago pada tahun 1975. Lima tahun kemudian, Collins telah berjaya memperoleh ijazah Doktor Falsafah (Linguistik) dari universiti yang sama. | BAHASA | Tokoh |
| RASHDAN BABA, TAN SRI | RASHDAN BABA, Tan Sri (1935 - ), pentadbir akademik dan tokoh korporat. Dia lahir pada 31 Oktober 1935 di Rembau, Negeri Sembilan. Nama penuhnya ilaah Mohd. Rashdan bin Baba. Dia mendapat pendidikan awal di Negeri Sembilan. Dia memperoleh diploma dari Kolej Pertanian Serdang, Selangor dan ijazah Sarjana Muda Sains dari University of Reading, United Kingdom. Pada tahun 1964, dia memperoleh ijazah Doktor Falsafah dari University of Leeds, United Kingdom. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
| BRANDES, J.L.A | BRANDES, J.L.A. (1857-1905), pengkaji bahasa Austronesia. Nama sebenarnya ialah Jan Laurens Andries Brandes. Dia berasal dari Belanda. Dia banyak menghasilkan penulisan dalam bidang filologi, bahasa Melayu dan kesusasteraan Jawa kuno dan moden. Disertasi untuk ijazah Doktor Falsafah yang berjudul “Perbandingan Tatabunyi antara Bahasa-bahasa Melayu-Polinesia Bahagian Barat” yang disiapkan pada tahun 1884 di Utretch, merupakan kesinambungan daripada hukum bunyi yang dikaji dan dikemukakan oleh Van der Tuck. | BAHASA | Tokoh |
| AWANG HAD SALLEH, TAN SRI | Awang Had Salleh, Tan Sri (1934– ) ialah ahli akademik, pendidik dan penulis. Dia lahir pada 24 Jun 1934 di Balik Pulau, Pulau Pinang. Pada tahun 1951, dia memasuki Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI), Tanjong Malim. Apabila tamat, dia menjadi guru di Sekolah Melayu Derga, Alor Setar pada tahun 1954 hingga 1956. Pada tahun 1958 hingga 1959, dia menuntut di Maktab Bahasa, Johor Bharu. Pada tahun 1961 hingga 1964, dia melanjutkan pelajarannya ke Universiti Malaya dalam bidang sastera. Pada tahun 1969, dia menyambung pelajarannya ke Stanford University, California dan memperolehi ijazah Doktor Falsafah dalam bidang pendidikan dan sosiologi. | UMUM | |
| SRI WULAN RUJIATI MULYADI | SRI WULAN RUJIATI MULYADI (1929-1993), penulis Indonesia. Dia lahir pada 17 September 1929 di Gorontalo, Sulawesi, Indonesia. Sri Wulan melanjutkan pelajaran di Fakultas Sastra, Universitas Indonesia pada tahun 1959. Pada tahun 1980, dia mendapat ijazah Doktor Falsafah dari School of Oriental and African Studies (SOAS) University of London dengan disertasinya yang berjudul “Hikayat Indraputra: A Malay Romance”. | SASTERA | Tokoh |