DOLAR | Dolar ialah unit mata wang di kebanyakan negara. Perkataan dolar berasal daripada Joachimsthaler –nama duit syiling yang pertama kali dibuat pada tahun 1516 di sebuah daerah perlombongan perak di Bohemia (kini Republik Czech). | UMUM | |
DOLAR HOLEY | Dolar Holey, duit syiling perak yang digunakan di Australia pada tahun 1800-an, berasal dari dolar Sepanyol dengan dump (kepingan kecil perak) dibuang daripada bahagian tengah. | UMUM | |
EURODOLAR | Eurodolar ialah dolar Amerika yang dibawa oleh individu atau bank di luar Amerika Syarikat terutamanya di Eropah dan juga di pusat-pusat kewangan yang besar di seluruh dunia. | UMUM | |
HADIAH ARCHIBALD | Hadiah Archibald ialah hadiah kesenian bernilai 10 000 dolar Amerika yang dianugerahkan setiap tahun untuk lukisan potret. | UMUM | |
QUARTER | Quarter ialah duit syiling Amerika bernilai 25 sen atau quarter (per empat) daripada satu dolar. | UMUM | |
PIECE OF EIGHT | Piece of eight ialah nama yang diberikan kepada peso Sepanyol , yang bersamaan dengan dolar Amerika. Ia dinamakan demikian kerana ia bernilai 8 real dan pernah mempunyai cop angka 8 di atasnya. | UMUM | |
MAWSON, SIR DOUGLAS | Mawson, Sir Douglas (1882–1958), ahli geologi Australia dan penjelajah Antartika. Gambarnya terpampang pada wang kertas 100 dolar Australia. | UMUM | |
MINUIT, PETER | Minuit, Peter (1580–1638) ialah gabenor koloni Belanda. Dia membeli Pulau Manhattan (kini sebahagian daripada New York City) daripada Orang Asli Amerika pada tahun 1626 dengan barang kodi yang bernilai 60 guilder Belanda, atau kira-kira 24 dolar Amerika (lihat Pulau Manhattan). Pembelian ini menyebabkan terdirinya penempatan di pulau itu secara sah oleh Syarikat Hindia Barat Belanda. Minuit mendirikan New Amsterdam, sebuah penempatan di bahagian bawah pulau itu yang menjadi pusat aktiviti syarikat tersebut. Walaupun penduduknya dilindungi oleh air di tiga sisi, tetapi Minuit membina Fort Amsterdam sebagai perlindungan tambahan daripada Orang Asli Amerika yang bersikap bermusuhan. New Amsterdam ialah asas permulaan New York City. | UMUM | |
NASH, JAMES | Nash, James (1834–1913) ialah pencari gali yang menemui kawasan emas di Gympie, Queensland, Australia pada tahun 1867. Laporannya tentang penemuan emas memulakan salah satu daripada kerubut emas yang terkenal dalam sejarah Queensland . Terumbu yang dijumpai oleh Nash menghasilkan emas bernilai berjuta-juta dolar Australia. Tetapi Nash cuma menerima sedikit ganjaran hasil penemuannya itu. Dia juga berjaya mendapat sedikit wang hasil daripada emas yang dituntutnya tetapi mengalami kerugian kemudian apabila dia membuka sebuah kedai. Pada tahun 1888, kerajaan Queensland memberinya kerja sebagai penjaga serbuk magazin di Gympie. Sebuah pancutan air peringatan daripada tujuh tan metrik batu granit didirikan sempena menghormatinya di Taman Gympie. Nash lahir di Wiltshire, England. Dia berhijrah ke Australia pada tahun 1857. | UMUM | |
NOMBOR PENYEBUT | Nombor penyebut menjelaskan tentang jumlah sesuatu kuantiti dengan memberi nombor itu unit dan jenis unit itu membentuk kuantiti. Nombor penyebut termasuk satu nombor yang boleh ditulis dalam bentuk nombor atau perkataan, nama atau simbol satu unit ukuran. Contohnya, enam meter, 90 paun, 7.51 dolar, 18 kilometer, 23 ° C dan empat hari merupakan nombor penyebut. Lihat juga Unit. | UMUM | |