Möbius, August Ferdinand (1790–1868) ialah ahli astronomi dan ahli matematik Jerman. Dalam bidang matematik, Möbius adalah antara pelopor topologi , suatu cabang geometri yang mengkaji sifat rajah yang tidak berubah akibat bengkokan, regangan, dan sebagainya. Dalam topologi, kiub dan sfera dianggap sama kerana setiap satunya dapat dibentuk daripada yang lain dengan mengubah bentuknya. Sebagai contoh, donat, rekod gramofon, dan jarum dapat saling diubah bentuknya. Antara penemuan Möbius ialah Jalur Möbius (lihat Jalur Möbius). Möbius lahir di Schulpforta. Dia belajar di Leipzig University. Pada tahun 1815, dia dilantik menjadi profesor astronomi di Leipzig University. Dia kekal berkhidmat di universiti ini sehingga ke akhir hayatnya. Lihat Geometri; Matematik (Sejarah: Pada tahun 1800-an). |