SISTEM TULISAN DALAM BAHASA MELAYU, jenis atau sistem tulisan dalam bahasa Melayu. Bahasa Melayu wujud sejak abad ke-4 M. berdasarkan bukti pada prasasti atau batu bersurat yang ditemui di Dong Yen Chau, Vietnam. Sistem tulisan pada prasasti tersebut menggunakan tulisan yang dipinjam dari India. Terdapat satu lagi prasasti iaitu di Kutai, Kalimantan Timur yang bertarikh pada tahun 400 M. Sistem tulisan pada prasasti ini menggunakan tulisan dalam bahasa Sanskrit, tetapi yang diceritakan ialah tentang seorang raja yang menggunakan nama Melayu.
Thanks for clicking. That felt good.