LIBIDO | Libido ialah istilah psikoanalisis yang merujuk terutamanya kepada tenaga naluri semula jadi atau dorongan tingkah laku. Orang yang pertama menggunakan istilah ini ialah doktor Austria, Sigmund Freud (lihat Freud, Sigmund). | UMUM | |
KEMATIAN | Kematian bermakna berakhirnya kehidupan. Semua benda hidup akhirnya akan mati, tetapi barangkali hanya manusia yang boleh membayangkan kematian mereka. Kebanyakan manusia takut kepada kematian dan mencuba untuk tidak memikirkan tentangnya. Walaupun begitu, sikap berhati-hati terhadap kematian merupakan salah satu daripada dorongan utama yang membentuk tamadun manusia. Sepanjang peredaran sejarah, manusia tidak pernah berhenti mencari kaedah perubatan terkini untuk melambatkan kematian. Ahli falsafah dan ketua agama telah mencuba untuk memahami makna sebenar kematian. Sesetengah para cerdik pandai percaya bahawa perkembangan manusia ini ialah hasil daripada kemampuan manusia mengatasi kematian dan memperoleh keabadian hasil pencapaiannya yang berkekalan. | UMUM | |
ARSON | Arson ialah perbuatan sengaja membakar sesebuah rumah atau harta benda lain. Dalam beberapa hal, arson dilakukan kerana hendak membalas dendam terhadap pemilik bangunan atau penghuninya. Kebakaran lain dimulakan untuk memusnahkan bukti jenayah yang lain, seperti pembunuhan ataupun mencuri. Dalam hal yang lain, kes arson berpunca daripada perbuatan vandalisme atau piromania , iaitu dorongan yang tak dapat dikawal untuk membakar sesuatu. | UMUM | |
KAMUS DWIBAHASA | KAMUS DWIBAHASA, kamus yang menggunakan dua bahasa untuk menjelaskan makna kata atau ungkapan dalam kedua-dua bahasa tersebut. Jika dibandingkan dengan sejarah leksikografi di India dan di Barat, seperti di Rom dan di Greece, akan didapati bahawa ada perbezaan yang amat ketara dengan sejarah leksikografi yang berlaku di Alam Melayu. Di India dan di Barat, dorongan untuk menyusun kamus terbit daripada keperluan untuk memperjelas makna kata atau ungkapan yang sukar difahami yang terdapat dalam kesusasteraan klasik masing-masing. Dengan demikian, kamus terawal yang dihasilkan dalam tamadun India dan Barat ialah kamus yang berbentuk ekabahasa. | BAHASA | Penerbitan |
SAYID ALWI TAHIR AL-HADDAD | SAYID ALWI TAHIR AL-HADDAD (1884-1962), ulama dan cendekiawan Islam. Dia lahir pada 7 Ogos 1884 di Hadramaut, Yaman, Arab Saudi. Dia berasal daripada keturunan Arab Sayid Alawiyah. Sayid Alwi terdidik dalam keluarga ulama yang disegani. Bapanya, Tahir al-Haddad, adalah seorang tokoh ulama di Hadramaut. Sebelum sampai di Tanah Melayu, Sayid Alwi pernah menjadi kadi di Hadramaut. Dari Hadramaut dia berhijrah ke Somalia dan Kenya. Seterusnya, dia ke Nusantara bagi tujuan menyebarkan dakwah Islamiah. Kedatangannya ke Nusantara adalah hasil dorongan rakan karib keturunan Sayid Alawiyah yang sudah berada di rantau Nusantara sejak beberapa abad sebelumnya. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |