DOWN | Down (pend. 57 503) ialah daerah kerajaan tempatan di Ireland Utara. Ia terletak di antara Strangford Lough dengan Teluk Dundru di tenggara Ulster. | UMUM | |
SINDROM DOWN | Sindrom Down, sebelum ini dikenali sebagai Mongolisme, adalah satu gangguan yang wujud semasa kelahiran. Keadaan ini dicirikan oleh kecacatan mental dan ciri-ciri fizikal seperti bentuk mata juling ke atas, hidung pipih, kepala kecil, tangan pendek dan kontot. Tambahan pula, telinga dan gigi adalah kecil dan berbentuk tidak normal. | UMUM | |
KAUNTI DOWN | Kaunti Down ialah salah sebuah daripada enam buah kaunti di Ireland Utara. Kaunti ini terletak di antara serokan laut Belfast Lough dan serokan laut Carlingford Lough, dan dikelilingi Laut Irish di sebelah tenggara. | UMUM | |
SLIEVE DONARD | Slieve Donard ialah puncak tertinggi di Pergunungan Mourne di Down, Ireland Utara. Tingginya ialah 852 meter di atas aras laut. Pada hari yang cerah, Pergunungan Donegal di barat, Pergunungan Wicklow di selatan, dan Isle of Man di Laut Irish dapat dilihat dari puncak Slieve Donard. Nama puncak ini diambil sempena nama seorang santo pada tahun 400 M. | UMUM | |
PERGUNUNGAN MOURNE | Pergunungan Mourne ialah banjaran gunung yang cantik di bahagian selatan Down, Ireland Utara. | UMUM | |
ARMAGH, KAUNTI | Armagh, Kaunti ialah kaunti terkecil daripada enam kaunti di Ireland Utara. Ia menganjur dari pantai Lough Neagh di utara hingga sempadan Republik Ireland di selatan dan barat. Kaunti ini disempadani oleh Kaunti Tyrone di barat dan Kaunti Down di timur. Sebahagian besar daripada Kaunti ini terbentuk dalam daerah Armagh sejak rombakan semula kerajaan tempatan pada tahun 1973. Manakala bahagian yang selebihnya termasuk dalam daerah Dungannon, Banbridge serta Newry dan Mourne. Menurut banci pada tahun 1971, penduduk di Kaunti ini berjumlah 133 969 orang. | UMUM | |
SLOAN, SIR HANS | Sloan, Sir Hans (1660 –1753) ialah doktor dan ahli botani kelahiran Ireland. Koleksi dan perpustakaan peribadinya menjadi bahan permulaan British Museum. Sloan mengumpul tumbuh-tumbuhan sepanjang hayatnya. Tumbuh-tumbuhan yang diambil dari Jamaica pada tahun 1687 dan 1688 merupakan tanaman pertama yang dibawa ke Britain dari Hindia Barat. Sloan menggantikan Sir Isaac Newton sebagai Presiden Royal Society. Sloan lahir di Killyleagh, kaunti Down. Dia menjadi baron pada tahun 1716. | UMUM | |
ARDEN, JOHN | Arden, John (1930– ), penulis skrip Inggeris yang menjadikan pertentangan antara seorang rakyat biasa yang tidak mempunyai daya imaginasi dengan seorang individu yang penuh dengan imaginasi tetapi hidup dalam keadaan kucar-kacir sebagai tema utamanya. Dia mengembangkan tema itu dalam dramanya Live Like Pigs (1958) dan Serjeant Musgrave’s Dance (1959). Arden lahir di London. Dia terkenal kerana daya cipta teknik dramanya. Dalam The Happy Haven (1960) semua pelakon memakai topeng dan naratifnya dicelahi dengan lagu dan tarian. Dramanya yang lain ialah All Fall Down (1955), Armstrong’s Last Goodnight (1964), The Bag Man (1970), Pearl (1978) dan To Put It Frankly (1979). | UMUM | |