| MENANDER | Menander (342?–291? S.M.) ialah penulis drama Yunani yang mengarang lebih 100 buah komedi. Karyanya hanya diketahui melalui fragmen lakonannya, adaptasi plotnya oleh penulis drama Rom, Plautus, dan Terence dan satu-satunya lakonan lengkap Dyscolos. Drama ini, yang mula-mula dipentaskan pada tahun 315 S.M., hanya dijumpai semula pada tahun 1959. | UMUM | |
| SENECA, LUCIUS ANNAEUS | Seneca , Lucius Annaeus (4 S.M.?–65 M.) ialah negarawan Rom, penulis, dan ahli falsafah Stoik. Karya-karyanya yang masih wujud termasuk 12 esei falsafah, 124 surat dan satu esei meteorologi, satu satira dan sembilan drama tragedi. Drama tragedinya mengadaptasi subjek yang digunakan oleh penulis drama Yunani. Tetapi drama tragedinya, melodrama yang hebat, ganas penuh dengan bahasa retorik. Fokusnya adalah pada kepercayaan orang Stoik bahawa malapetaka berlaku apabila nafsu memusnahkan taakulan. Drama ini banyak mempengaruhi drama tragik di Itali, Perancis dan England pada zama Elizabeth. | UMUM | |
| KAUFMAN, GEORGE S. | Kaufman, George S. (1889–1961) ialah penulis drama Amerika. Dia telah menulis lebih 40 buah drama dan komedi muzikal, yang hampir kesemuanya adalah hasil kerjasama dengan pengarang lain. Hasil karyanya yang terkenal ialah komedi satira yang bertenaga. | UMUM | |
| ALBEE, EDWARD | Albee, Edward (1928– ) ialah penulis drama yang menggunakan pelbagai gaya dengan meluas, daripada kenyataan kepada fantasi. Albee mendapat pengiktirafan antarabangsa melalui drama Who’s Afraid of Virginia Woolf? (1962). Drama realistik ini berkisar tentang penelitian perjuangan kuasa dan gabungan kekejaman dan percintaan dalam perkahwinan. | UMUM | |
| TERENCE | Terence (195?–159? S.M.) ialah penulis drama komedi Rom. Karya dramanya, pada dasarnya, merupakan versi Latin daripada jalan cerita Yunani. Karya-karyanya lebih halus berbanding dengan karya-karya Plautus, dan ditandai gaya penulisan yang tulen, binaan cerita yang teliti, dan gambaran sifat yang baik. Kesemua enam karya drama komedinya masih boleh dibaca dan dipentaskan. | UMUM | |
| MOLNÁR, FERENC | Molnár, Ferenc (1878–1952) ialah penulis drama Hungary yang terkenal pada zamannya. Dia menulis drama komedi romantik dengan dialog yang lucu. Dalam The Guardsman (1910), seorang suami yang cemburu, berpura-pura menjadi musuhnya sendiri. The Glass Slipper (1924) mempersembahkan drama komedi berdasarkan kisah Cinderella. Liliom (1909) sebuah drama yang lebih serius mengenai taman hiburan, kemudiannya yang menjadi asas kepada drama muzikal Rodger dan Hammerstein, Carousel (1945). Antara drama komedi Molnár yang lain, termasuklah The Devil (1907), The Swan (1920), dan The Play’s the Thing (1926). | UMUM | |
| ERVINE, ST. JOHN | Ervine, St. John (1883–1971) ialah penulis novel dan drama Ireland terkenal dengan novelnya yang paling dikenali Mrs. Martin’s Man (1914), dan drama Mixed Marriage (1911), Anthony and Anna (1926), dan Robert’s Wife (1937). | UMUM | |
| SHERWOOD, ROBERT EMMET | Sherwood, Robert Emmet (1896–1955), penulis drama, wartawan, dan periwayat Amerika yang menekankan keburukan peperangan dalam penulisannya. Dramanya, iaitu Idiot’s Delight (1936) meratapi ketibaan meletusnya peperangan di Eropah. Abe Lincoln in Illinois (1938) menggunakan kata-kata Lincoln untuk menunjukkan betapa perlunya tindakan tegas ketika berhadapan dengan peperangan. There Shall Be No Night (1940) menentang perlanggaran Kesatuan Soviet ke atas Finland. Ini juga adalah pendirian Sherwood terhadap apa yang disebut sebagai keinginan setiap manusia untuk melarikan diri daripada kenyataan. Ketiga-tiga drama ini memenangi Hadiah Pulitzer. | UMUM | |
| W.S. RENDRA | W.S. RENDRA (1935 - ), penyair Indonesia. Dia lahir pada 7 November 1935 di Solo, Indonesia. Nama sebenarnya ialah Willibrordus Surendra Broto. Selepas memeluk agama Islam, dia menukar namanya kepada Wahyu Sulaiman. Rendra mendapat pendidikan di Fakulti Sastra, Universitas Gadjah Mada, Indonesia dan American Academy of Dramatical Arts, Amerika Syarikat. Setelah kembali ke Indonesia pada tahun 1968, dia menubuhkan Bengkel Teater. Antara muridnya ialah Putu Wijaya. Melalui Bengkel Teaternya, Rendra menghasilkan teater yang lain daripada drama biasa. | SASTERA | Tokoh |
| S.M. ARDAN | S.M. ARDAN (1932 - ), penulis dan penggiat drama Indonesia. Dia lahir pada 2 Februari 1932 di Medan, Sumatera Utara, Indonesia. Nama sebenarnya ialah Sahmardan. S.M. Ardan mendapat pendidikan Sekolah Rakyat pada tahun 1948, Sekolah Menengah Pertama (SMP) pada tahun 1951 dan Sekolah Menengah Atas (SMA) pada tahun 1954, di Taman Siswa Jakarta. | SASTERA | Tokoh |