Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tari
Kata Terbitan : menari, tarian, penari,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MAKYUNG

Makyung, sejenis drama tari Melayu tradisional

yang terkenal di Kelantan. Unsur-unsur yang

terdapat dalam persembahan makyung ialah

muzik, tarian, nyanyian dan cerita.

UMUM 
ARJADrama tari dan nyanyi, iaitu jenis oepera negara Timur yang terdapat di Pulau Bali, Indonesia. BUDAYADrama/Filem/Teater/Persembahan
CALONARANG

CALONARANG, sejenis seni drama tari suci di Bali, Indonesia, yang mengambil cerita daripada sastera Jawa kuno.  Kisahnya konon berlaku dalam zaman pemerintahan Raja Airlangga, di sebuah desa bernama Desa Girah. Ada seorang janda yang mempunyai ilmu hitam bergelar Calonarang.  Janda ini mempunyai seorang anak yang cantik bernama Ni Ratna Manggali, tetapi tiada pemuda yang berani melamar anaknya.  Akibatnya janda itu mengancam rakyat Airlangga dengan menyebarkan penyakit yang memusnahkan.  Raja Airlangga meminta bantuan pendetanya, Empu Barada, untuk menakluki ilmu sihir janda itu dan menundukkannya.  Empu Barada menghantar muridnya, Bahula, yang menyamar sebagai Ratna Manggali dan turut menyamar sebagai murid Calonarang.  Bahula berjaya mendapatkan ‘buku rahsia’ Calonarang, membawanya kepada Empu Barada dan akibatnya kuasa hitam Calonarang dapat dialahkan.  Airlangga kembali tenteram.

BUDAYADrama/Filem/Teater/Persembahan
JIKEY

JIKEY, teater tradisional yang menggabungkan unsur lakon, muzik, tari dan lagu yang terkenal di utara Semenanjung Malaysia, khususnya Perlis dan Kedah. Kesenian ini hampir sama bentuknya dengan makyung yang terdapat di negeri Kelantan. Jikey juga dikenal dengan beberapa nama lain yang hampir sama bunyinya, seperti ‘dikey’ dan ‘likay’.

BUDAYADrama/Filem/Teater/Persembahan
DRAMATARI

Dramatari ialah seni persembahan yang menggabungkan pengutaraan cerita dengan pengisian elemen tari dalam gaya dramatik.

KESENIANDrama/Filem/Teater/Persembahan
JOGET

JOGET, tarian dan lagu Melayu. Joget juga bermaksud ‘menari’ atau ‘bertandak’. Istilah ini digunakan dengan meluas di dunia Melayu sebagai istilah generik bagi seni tari.

BUDAYADrama/Filem/Teater/Persembahan
TERINAI

TERINAI, tarian Melayu tradisional berasal daripada gabungan perkataan ‘tari’ dan ‘inai’. Tarian terinai amat popular di negeri Perlis semasa pemerintahan Raja Syed Saffi Jamalullail (1837 – 1905). Selain di Perlis, tarian ini juga terdapat di negeri Kelantan dan Perak. Ia merupakan tarian istana, ditarikan pada hari berkhatan anak orang besar-besar atau ditarikan oleh dayang-dayang istana ketika mengutip bunga di dalam taman.

BUDAYADrama/Filem/Teater/Persembahan
TARIAN TRADISIONAL SARAWAK

TARIAN TRADISIONAL SARAWAK, tarian suku kaum di Sarawak. Tidak ada catatan yang jelas tarikh bermulanya tarian tradisional ini diterima dan diamalkan oleh suku kaum di Sarawak. Seni tari tradisional acap kali dikaitkan makna ‘bermain’ atau sebahagian daripada permainan yang memperlihat suasana keriangan dan juga yang berhubung kait dengan upacara ritual yang diamalkan oleh kaum masing-masing.

BUDAYADrama/Filem/Teater/Persembahan

Kembali ke atas