ORATORIO | Oratorio ialah gubahan muzik dramatik untuk penyanyi. Kebanyakan oratorio adalah berdasarkan cerita keagamaan. Ia dipersembahkan oleh penyanyi solo, korus dan satu orkestra tanpa sebarang lakonan, kostum atau latar belakang pentas. Penyanyi solo menggambarkan pelbagai watak dalam cerita, tetapi korus menonjolkan peranan utama. Walaupun tidak terdapat lakonan atau latar belakang, kesan teater seperti api dan ribut boleh dilakukan oleh penyanyi dan orkestra. Kebanyakan oratorio mempunyai seorang pencerita yang memperkenalkan penyanyi solo dan memberi maklumat lanjut tentang cerita. | UMUM | |
KANTATA | Kantata ialah satu bentuk muzik vokal dramatik. Kantana boleh digubah daripada suara solo atau gabungan beberapa suara solo dan sebuah korus. | UMUM | |
ADAMS, ANSEL | Adams, Ansel (1902–1984) ialah jurugambar Amerika yang terkenal kerana gambar yang dramatik tentang bahagian barat Amerika Syarikat. Dia mengambil gambar landskap yang luas yang termasuk gunung-ganang, hutan, dan sungai. Minatnya untuk memelihara alam semula jadi mendorongnya menjadi aktif dalam gerakan pemuliharaan alam sekitar. | UMUM | |
OPERA | Opera ialah drama yang pelakonnya menyanyikan, bukan mengucapkan, semua atau sebahagian besar dialognya. Jalan ceritanya kerap kali sangat dramatik, menggambarkan perasaan yang mendalam yang biasa dialami oleh manusia sepanjang zaman. Beberapa opera yang paling masyhur memaparkan unsur yang sangat tragik. Opera berkemungkinan merupakan yang paling kompleks antara semua bentuk kesenian. Ia menggabungkan lakonan, nyanyian, muzik orkestra, kostum, pemandangan, dan sering kali balet atau beberapa bentuk tarian yang lain. | UMUM | |
DUNKERQUE | Dunkerque (pend. 73 120; pend. kaw. met. 200 000) ialah pelabuhan Perancis dan pusat kawasan industri serta tempat pemindahan tentera Berikat yang penuh dramatik dalam Perang Dunia II. | UMUM | |
OBERAMMERGAU | Oberammergau (pend. 4664) ialah kampung Bavaria yang terletak 72 kilometer ke barat daya Munich di selatan Jerman [lihat Jerman [(peta politik)]. Ia terkenal kerana persembahan Passion Play , yang biasanya diadakan sekali setiap 10 tahun. Pertunjukan dramatik ini, yang menarik beribu- ribu orang pelancong, memaparkan penderitaan dan kematian Jesus Christ. Penduduk di sini mengambil bahagian memainkan semua watak. Persembahan ini mula dipentaskan pada tahun 1634. | UMUM | |
DOSTOEVSKY, FYODOR | Dostoevsky, Fyodor (1821–1881) merupakan salah seorang penulis paling terkemuka dalam kesusasteraan Rusia. Hasil karya Dostoevsky yang terbaik ialah novel tentang idea yang mengandungi watak hebat. Watak yang bersifat individu dan kompleks biasanya menghasilkan plot yang dramatik. Tema novelnya ialah persaingan hebat antara watak baik dengan jahat yang mencuba mempengaruhi jiwa manusia. | UMUM | |
DRAMATARI | Dramatari ialah seni persembahan yang menggabungkan pengutaraan cerita dengan pengisian elemen tari dalam gaya dramatik. | KESENIAN | Drama/Filem/Teater/Persembahan |
TANGO | Tango ialah sejenis tarian Amerika Latin yang pertama menjadi popular di peringkat antarabangsa. Ia merupakan sejenis tarian berdansa berentak perlahan atau kali diaksenkan dengan cara yang tidak sama. Pasangan penari akan meluncur dengan perlahan dan lancar mengikut pelbagai langkah. Mereka bertukar rentak, dari langkah yang panjang dan perlahan ke langkah yang pendek dan cepat. Muzik yang digunakan untuk tarian ini dikenal sebagai tango dan sungguh dramatik. | UMUM | |
SCOTT, SIR WALTER | Scott, Sir Walter (1771–1832) ialah penulis romantik Scotland. Dia menulis novel sejarah yang dipopularkan dalam satu siri karya yang panjang dikenali sebagai Novel-novel Waverley . Dalam novelnya seperti Ivanhoe, The Heart of Midlothian , dan The Talisman , Scott menunjukkan kebijaksanaannya yang unik mencipta sejarah sosial. Dia mengatur plot dan watak dalam karyanya supaya pembaca dapat menyelami kehidupan kedua-dua golongan bangsawan dan golongan biasa yang terdapat dalam perubahan sejarah yang ganas dan dramatik. | UMUM | |