Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : n sketch, lukisan: a beautiful ~ of a horse, lukisan seekor kuda yg cantik; architectural ~, lukisan binaan; figure ~, lukisan tubuh; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata drawing


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SHERATON, THOMAS

Sheraton, Thomas (1751–1806), pereka bentuk

perabot Inggeris. Reputasinya adalah berasaskan

pada sebuah buku reka bentuk perabot yang

berpengaruh, yang dikenali The Cabinet-Maker

and Upholsterer’s Drawing Book (1791–1794).

Seperti buku reka bentuk lain pada akhir tahun

1700-an, buku Drawing Book mengutarakan

cita rasa semasa dalam gaya perabot. Perabot yang

mengikut gaya yang dinyatakan dalam buku

tersebut dikenali sebagai Sheraton.

UMUM 
IBRAHIM HUSSEINIBRAHIM HUSSEIN (1936-  ), pelukis. Dia lahir pada 13 Mac 1936 di Alor Setar, Kedah. Ibrahim mendapat pendidikan awal dalam bidang seni lukis dari Akademi Seni Halus Nanyang, Singapura pada tahun 1956 selama enam bulan. Kemudian dia melanjutkan pelajaran di Byam Shaw School of Drawing and Painting (1959-1963) dan di Royal Academy of Fine Arts (1963-1966), kedua-duanya di London. Pada tahun 1967, dia dianugerahi Fullbright Travelling Scholarship, diikuti dengan John D. Rockefeller III Fellowship yang membolehkannya belajar serta berkarya di New York.BUDAYATokoh
TABUNG KEWANGAN ANTARABANGSA (IMF)

Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)

ialah pertubuhan yang dianggotai lebih daripada

150 buah negara yang berusaha untuk menubuhkan

satu sistem pembayaran dan perdagangan

antarabangsa yang cekap. IMF berusaha untuk

membantu negara anggota mencapai pertumbuhan

ekonomi yang pantas, tahap guna tenaga yang

tinggi dan meningkatkan taraf hidup. IMF bertindak

sebagai agensi perunding kewangan antarabangsa

dan masalah hutang. Anggota pertubuhan ini

bekerjasama untuk mengekalkan persetujuan

pertukaran yang teratur antara negara.

IMF ditubuhkan selepas Persidangan Bretton

Woods pada tahun 1944. Ia mula beroperasi pada

tahun 1947 dengan tabung kewangan bernilai AS$9

bilion dalam bentuk mata wang dan emas. IMF

menggunakan tabung itu untuk membantu negara

anggota untuk menyelesaikan masalah imbangan

pembayaran. Pada tahun 1969, IMF mengadakan

sejenis aset simpanan yang dikenali sebagai Hak

Pengeluaran Khas (SDR – Special Drawing Rights)

sebagai tambahan kepada simpanan mata wang dan

emas antarabangsa. Sehingga awal tahun 1990-an,

IMF mempunyai aset bernilai lebih kurang AS$120

bilion.

UMUM 

Kembali ke atas