KAMUS LATIN-INDONESIA | KAMUS LATIN-INDONESIA, kamus yang disusun oleh Drs K. Prent C.M. Drs. J. Adisubrata dan W.J.S. Poerwadarminta. Kamus ini diterbitkan oleh Penerbitan Yayasan Kanisius, Semarang, Indonesia pada tahun 1969. Kamus Latin-Indonesia adalah hasil keputusan sidang Panitia Waligereja Indonesia untuk Seminar pada tahun 1961. Panitia itu mencadangkan supaya satu jawatankuasa khas ditubuhkan untuk menyusun sebuah kamus Latin-Indonesia untuk kegunaan orang ramai. | BAHASA | Penerbitan |