Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dua per tiga


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MEXICO

Mexico merupakan negara paling utara di

Amerika Latin dan terletak di selatan Amerika

Syarikat. Rio Grande membentuk lebih kurang

dua per tiga sempadan di antara Mexico dengan

Amerika Syarikat. Antara negara di Hemisfera

Barat, hanya Amerika Syarikat dan Brazil

mempunyai lebih ramai penduduk daripada

Mexico. Mexico City ialah ibu negara dan

bandar terbesar di Mexico. Mexico City ialah

satu daripada bandar yang mempunyai jumlah

penduduk kawasan metropolitan paling ramai di

dunia.

UMUM 
REPUBLIK DOMINICA

Republik Dominica ialah negara merdeka di

Hindia Barat. Ia merupakan sebuah wilayah di Laut

Caribbean. Republik ini meliputi kawasan seluas

dua per tiga bahagian di timur Hispaniola, pulau

kedua terbesar di kepulauan Antilles Besar. Pulau

yang selebihnya dikuasai oleh Republik Haiti.

UMUM 
APENNINES

Apennines adalah nama banjaran gunung yang

menganjur dari Teluk Genoa ke bahagian jari kaki

negara Itali yang kelihatan seperti bentuk kasut.

Banjaran ini mempunyai tiga bahagian, iaitu

Apennines utara, Apennines tengah, dan Apennines

selatan. Kawasan ini meliputi dua per tiga daripada

semenanjung Itali. Gunung tua ini adalah antara

bahagian paling rendah di Eropah. Gunung ini telah

haus dek angin dan hujan selama berjuta-juta tahun.

Kemuncak paling tinggi ialah Monte Corno (2914

meter) dan Gunung Amaro (2795 meter). Kemuncak

paling terkenal ialah gunung berapi Vesuvius di

Teluk Nepal. Gunung ini semata-mata terdiri

daripada batu kapur dan marmar. Kuari yang

terdapat berhampiran dengan Carrara terkenal

kerana marmarnya yang berwarna putih bersih.

Lihat juga Vesuvius.

UMUM 
RIO GRANDE

Rio Grande ialah salah satu sungai terpanjang di

Amerika Utara, yang mengalir sejauh 3034

kilometer melalui barat daya Amerika Syarikat.

Sungai ini membentuk sempadan antarabangsa di

antara Amerika Syarikat dengan Mexico sepanjang

1996 kilometer, atau hampir dua per tiga sempadan

bersama kedua-dua negara. Penjelajah awal

Sepanyol memberi nama Rio Grande yang

bermaksud sungai yang besar kepada sungai ini.

Penduduk Mexico menggelar sungai ini sebagai

Rio Bravo (sungai yang berani) atau Rio Bravo del

Norte (sungai utara yang berani).

UMUM 
MONTREAL

Montreal (pend. 1 015 420; pend. kaw. met.

2 900 000) bersaing dengan Toronto sebagai bandar

raya yang terbesar di Kanada. Ia terletak di wilayah

Quebec dan bandar raya terbesar di dunia yang

penduduknya bertutur dalam bahasa Perancis

selepas bandar raya Paris. Lebih kurang dua per tiga

daripada orang Montreal berketurunan Perancis

dan bertutur dalam bahasa Perancis. Montreal ialah

salah satu daripada pelabuhan pedalaman terbesar

di dunia dan pusat pengangkutan Kanada. Ia juga

ialah pusat utama perniagaan, industri, kebudayaan

dan pendidikan di Kanada.

UMUM 
SAINT MARTIN

Saint Martin juga dikenali sebagai Sint Maarten

dalam bahasa Belanda, ialah pulau di Laut

Caribbean yang terletak di bahagian paling hujung

Kepulauan Windward (lihat Kepulauan Windward ).

Luas pulau ini lebih kurang 34 kilometer persegi.

Bahagian utaranya, yang luasnya lebih daripada

dua per tiga seluruh pulau ini, dikuasai oleh

Perancis. Bahagian ini membentuk sebahagian

daripada jabatan seberang laut Guadeloupe

Perancis (lihat Guadeloupe ). Ibu wilayahnya ialah

Marigot. Bahagian selatannya dikuasai oleh

Belanda dan merupakan sebahagian kumpulan

utara Antilles Belanda bahagian Kepulauan

Windward (lihat Antilles Belanda; Kepulauan

Windward ). Ibu wilayahnya ialah Philipsburg.

UMUM 
TIPPERARY

Tipperary ialah salah sebuah daripada enam

buah kaunti dalam provinsi Munster di Republik

Ireland . Tipperary ialah kaunti yang terbesar antara

semua kaunti di pedalaman. Kaunti ini pada

umumnya berupa kaunti pertanian. Terdapat

beberapa buah bandar pasar, yang terbesar ialah

Clonmel. Tipperary terkenal kerana lagu Perang

Dunia I “It’s a long way to Tipperary”.

Penduduk dan kerajaan. Jumlah penduduk

Tipperary hanya dua per lima penduduk pada

tahun 1850. Terdapat sedikit pertumbuhan

penduduk sepanjang tahun 1970-an, tetapi

penghijrahan meningkat pada tahun 1980-an. Tiga

per lima penduduknya tinggal di kawasan luar

bandar.

UMUM 
STRATEGIK

Perjanjian Pengurangan Senjata

Strategik (Strategic Arms Reduction Treaty)

(START) merujuk kepada salah satu daripada dua

persetujuan senjata yang mengurangkan bilangan

senjata nuklear jarak jauh. Amerika Syarikat dan

Kesatuan Soviet menandatangani START I, yang

pertama pada bulan Julai 1991. START I bertujuan

mengurangkan bilangan peledak nuklear dan bom

jarak jauh yang dimiliki oleh kedua-dua negara

sebanyak kira-kira satu per tiga.

UMUM 
SUNGAI RAJANG

Sungai Rajang, sungai terpanjang di Malaysia.

Sungai sepanjang 563 kilometer ini berpunca dari

banjaran gunung yang berhampiran dengan

sempadan Sarawak dari Indonesia. Ia terdiri

daripada dua cabang utama iaitu Sungai Baleh dan

Sungai Balui. Panjang sungai ini adalah satu per

lima daripada panjang Sungai Amazon (Amerika

Selatan) dan Sungai Yangtze, dan hampir satu per

tiga panjang Sungai Danube.

UMUM 

Kembali ke atas