Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[du.du/] | دودوق

Definisi : 1. beristirahat di atas punggung (spt bersila, bersimpuh, dll): saya terpaksa ~ di atas pokok itu sahaja; anak kecil itu ~ di atas pangkuan ibunya; 2. tempat letaknya: skru itu tidak betul ~nya, senget; 3. terletak, berada: sebuah lampu yg ~nya 3 meter dr lantai; rumah kediaman bapa Busu ~nya di hujung suatu lorong; 4. = kedudukan keadaan yg sebenarnya (bkn sesuatu hal dll): pekerjaan berternak kuda lain ~nya dgn bercucuk tanam; 5. tinggal (di), diam (di), menetap, berumah: maka ~lah dia di Sungai Baharu menjadi khatib; sudah bertahun-tahun mereka ~ di rumah itu; 6. terus berada (di sesuatu tempat), tinggal: malam itu selepas makan, Bakar ~ di biliknya spt biasa; 7. berkahwin, bernikah, bersatu: Tun Teja su­dahlah bertunangan dgn raja Pahang dan hampirlah akan ~; 8. hampas (kopi, teh, dll); 9. = terduduk termendak atau meng­endap (bkn serbuk kopi, teh, bauran, dll); 10. mempunyai tempat atau kerusi (di parlimen, majlis tertinggi, dsb), berada: dia adalah salah seorang wakil rakyat yg ~ dlm Majlis Ter­tinggi Keselamatan Dalam Negeri; 11. bp sedang (melakukan sesuatu): dia ~ termenung seorang diri; ~ menjahit (membaca, menulis, dll); ~ antara dua sujud duduk selepas sujud yg pertama (di dlm sembahyang orang-orang Islam); ~ berapit duduk di antara dua orang; ~ berjuntai duduk di tempat yg tinggi dgn men­juntaikan kaki; ~ berlutut duduk dgn kaki dibengkokkan dan kepala lutut mengenai lantai, bertelut; ~ bernama bunga sekuntum duduk berlutut ketika mengangkat sembah; ~ bersila duduk dgn melipatkan dan menyi­langkan kaki; ~ bersimpuh (bertimpuh) duduk dgn melipatkan kedua-dua belah kaki ke belakang; ~ bertindih lutut duduk di atas kerusi dgn sebelah lutut diletakkan di atas lutut yg satu lagi, bersila panggung; ~ bertinggung mencangkung; ~ perut mengandung; ~ berkelompok, tegak berpusu prb orang yg duduk pd tempat selayaknya dlm sesuatu majlis; ~ berkisar tegak berpaling prb mung­kir janji atau tidak menepati cakap; ~ di ambung-ambung taji prb orang yg selalu dlm kerunsingan; ~ di dlm tabir langit-langit ber­bau tembelang prb perempuan yg ber­kurung dlm rumah tetapi kejahatannya di­ketahui orang; ~ dlm duri yg banyak, ber­sandar di tiang rengas prb hidup yg serba salah kerana menghadapi bencana; ~ dgn cupak gantang prb ketua yg adil; ~ dgn sukatan prb orang yg kaya; ~ meraut ranjau, tegak meninjau jarak prb orang yg sentiasa membuat kerja; ~ sama rendah, berdiri (tegak) sama tinggi prb orang yg sama sedarjat; ~ sehamparan, tegak sepermatang prb orang yg sedarjat dlm adat; ~ seorang bersempit-sempit, banyak ber­lapang-lapang prb fikiran yg diperoleh drpd perbincangan lebih bernas drpd fikiran yg bersendiri; ~ spt kucing, melompat spt hari­mau prb orang pendiam yg tangkas bekerja dan berfikir; belum ~ sudah berlunjur meng­anggap sudah memperoleh atau me­miliki sesuatu perkara yg belum pasti dapat dimiliki atau dikuasai atau bergirang dahulu sebelum maksud tercapai; jikalau kita ~ di atas ciau emas sekalipun, lamun hati tiada senang juga prb jika hati seseorang itu selalu susah dan resah, walau bagaimana senangnya tetap berduka juga; duduk-duduk berehat-rehat (mengambil angin dsb): sewaktu sampai di situ, aku melihat Said dan beberapa orang lain sedang ~ di bawah pokok; berdudukan sedang duduk (di atas bangku, kerusi, dsb): orang-orang yg ~ di bangku-bangku panjang di ruang menunggu itu memandang ke arah mereka yg baru me­masuki ruang itu; menduduki 1. mengambil tempat duduk, duduk di: tikar terbentang diduduki; 2. = mengeduduki mendiami, tinggal di: bebe­ra­pa orang datang ke bilik yg diduduki orang baru itu; rumah itu sudah lama tidak di­duduki orang; 3. menakluki (mengalahkan) dan menguasai sesebuah negeri dll: penye­rangan itu bermaksud hendak ~ Sri Wijaya; 4. mengambil (memasuki, mengikuti) sesuatu peperiksaan atau ujian: mereka telah ~ pe­pe­riksaan itu dlm bahasa Inggeris pd tahun lalu; 5. duduk (berada) di (kerusi parlimen, majlis tertinggi, dsb): beliau akan ~ kerusi dlm Perhimpunan Agung Bangsa-Bangsa Bersatu; 6. ki memikat hati se­seorang: pe­muda itu telah berjaya ~ hatinya yg kosong selama ini; mendudukkan 1. meletakkan (menyuruh, mempersilakan) duduk: maka baginda pun ~ anakanda baginda di atas singgahsana yg dua belas tingkat; dia mengambil anak­nya dan ~nya di atas ribanya; 2. men­dapatkan kesimpulan (penyelesaian) sesuatu perkara; 3. mengahwinkan, menikahkan: maka oleh Raja Aftabul-Ardl akan Raja Chulan itu didudukkan baginda dgn anak­anda baginda tuan puteri Mathabul-Bahri; terduduk 1. terjatuh duduk, duduk dgn tiba-tiba dan tidak sengaja; 2. mengendap atau terendap (serbuk kopi, teh, dll); kedudukan 1. tempat tinggal (yg didiami); 2. tempat letaknya: ~ Singapura di tengah-tengah jalan laut yg menghubungkan Timur dan Barat menyebabkannya menjadi pe­labuh­an yg begitu penting di Asia; 3. keadaan atau selok-belok (hal) sesuatu perkara (ter­utama pd masa tertentu), situasi: sudah berkali-kali ia menerangkan ~ yg sebenar­nya kpd penduduk-penduduk di situ; ~ politik (eko-nomi dsb); 4. tingkatan taraf (martabat, darjat, dsb): tiap-tiap orang ada harapan utk mendapat pangkat dan ~ yg tinggi dlm negaranya; sekedudukan 1. sama tarafnya (martabat­nya, darjatnya); 2. bersetubuh: ada suami yg terus membunuh laki-laki yg ~ dgn isterinya sendiri; bersekedudukan 1. bersetubuh: terasa loya tekaknya, kerana rasa getik dan jijik ~ dgn orang tua bangka itu nanti; 2. tinggal ber­sama (spt suami isteri) tanpa bernikah: Cik Mah dihadapkan ke Mahkamah Syariah di atas tuduhan ~ dgn Kandasamy selama 27 tahun sehingga mendapat sembilan orang anak; berkedudukan 1. mempunyai kedudukan (tempat letaknya), terletak, berada: jarum penimbang itu diganjakkan sehingga ~ betul-betul pd nombor 0; 2. mempunyai kedudukan (taraf, darjat, dsb), bertaraf, berdarjat, bermartabat: dia ~ tinggi di mata masyarakat; pendudukan perihal atau perbuatan men­duduki sesuatu daerah atau negara oleh kuasa luar (tentera dll): dlm masa ~ Jepun saya bekerja di Berita Malai; penduduk orang yg menduduki sesuatu daerah (tempat, negeri, dll): tidak ada seorang pun drpd ~ kampung itu yg berani keluar melihat pembunuhan itu; berpenduduk mempunyai penduduk: Malaysia ~ lebih drpd 14 juta orang dlm tahun 1984; kependudukan segala hal mengenai pen­duduk (sesuatu tempat, daerah, negeri, dsb): aspek ~ dibincangkan dlm simposium itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[du.du/] | دودوق

Definisi : 1 meletakkan badan bertumpu pd punggung (bersila, bersimpuh dll): Dia ~ di atas permaidani merah. 2 tinggal; diam: Dia ~ di Melaka lebih kurang lima tahun. 3 letak; tempat: Tudung botol itu tidak betul ~nya, nanti tumpah pula isinya. 4 berada (di sesuatu tempat): Pd hari itu, dia cuma ~ di rumah. 5 berkahwin; bernikah. ~ berjuntai duduk di tempat yg tinggi dgn menjuntaikan kaki. ~ bersila duduk dgn melipatkan kaki dan menyilangkannya. ~ bersimpuh (bertimpuh) duduk dgn melipatkan kedua-dua belah kaki ke belakang. duduk-duduk (duduk) berehat-rehat sambil mengambil angin: Mereka suka ~ di serambi itu selepas makan. menduduki 1 duduk di: Dia masuk dan terus ~ tempat yg disediakan. 2 bertempat tinggal di; mendiami; menghuni: Tidak seorang pun yg mahu ~ rumah yg dikatakan berhantu itu. 3 memasuki atau mengambil sesuatu peperiksaan atau ujian: Razak baru saja ~ peperiksaan undang-undang. 4 mendapat; menempati: Dia ~ tempat kedua dlm pertandingan itu. 5 menyerang, mengalahkan dan menguasai sesebuah negara; menakluk: Tentera Jepun ~ Tanah Melayu dr tahun 1941 hingga tahun 1945. mendudukkan 1 menempatkan; meletakkan: Dia ~ budak itu di atas tilam. 2 mempersilakan (menyuruh) duduk: Sultan telah ~ puteranya yg bongsu di sisinya. 3 menjadikan bersuami atau beristeri; mengahwinkan; menikahkan: Telah Tun Fatimah besar, maka hendak didudukkan oleh Bendahara Seri Maharaja dgn Tun Ali. terduduk terjatuh duduk; duduk dgn tiba-tiba: Dia tergelincir terus ~ di atas simen yg kotor itu. dudukan tempat letak sesuatu alat dll: ~ spring. kedudukan 1 tempat tinggal; tempat yg didiami: ~ pengganas-pengganas itu masih belum diketahui lagi. 2 tempat letaknya: ~ negeri Sabah dan Sarawak ialah di bahagian utara Pulau Kalimantan. 3 keadaan atau selok-belok sesuatu perkara (hal): Bagaimana ~ masalah itu sekarang? 4 tingkatan taraf (darjah, martabat dll): ~ seseorang menteri dlm masyarakat adalah tinggi. 5 cara (keadaan) sesuatu benda dll diletakkan; cara (keadaan) seseorang duduk, berdiri dll: Bagaimana ~ mereka semasa kamu melawati rumah mereka? sekedudukan sama kedudukannya (bkn taraf, tempat letaknya, tempat tinggal, cara, keadaan dll). bersekedudukan 1 mempunyai kedudukan (taraf, keadaan dll) yg sama. 2 tinggal bersama spt suami isteri tanpa nikah: ditangkap kerana ~. pendudukan perbuatan menakluk sesebuah negara; penaklukan: Dlm masa 12 tahun selepas ~ Jepun, kebanyakan negara di Asia Tenggara telah mendapat kemerdekaan. penduduk orang yg menduduki sesuatu tempat (negeri dll). kependudukan segala hal mengenai penduduk sesuatu tempat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata duduk

Puisi
 

Duduk-duduk atas jambatan,
     Budak-budak membelah rotan;
Baik dibuang segala muatan,
     Datang barat campur selatan.


Lihat selanjutnya...(206)
Peribahasa

Duduk sehamparan,
     tegak sepematang.

Bermaksud :

Dua orang yang sama darjatnya di dalam adat.

 

Lihat selanjutnya...(44)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KACANG DUDUK

Kacang duduk ialah tumbuhan popular yang

tumbuh dalam iklim panas.

UMUM 
STADIUM

Stadium ialah struktur besar untuk penonton

yang dibina mengelilingi padang permainan atau

arena. Stadium mempunyai tempat duduk yang

diatur dalam baris. Dari tempat duduk ini,

penonton dapat melihat acara sukan dan acara

awam lain seperti konsert. Stadium terbesar di

dunia termasuklah Stadium Strahov di Prague,

Republik Czech, dan Stadium Perbandaran

Maracana di Rio de Janeiro, Brazil. Kedua-dua

stadium ini boleh menampung lebih daripada

200 000 penonton.

UMUM 
POSTUR

Postur ialah kedudukan tubuh seseorang ketika

berdiri atau duduk. Postur ditentukan oleh

keupayaan seseorang mengekalkan keseimbangan

terhadap daya graviti, yang menarik tubuh secara

berterusan ke bawah. Tindakan sesetengah otot

tertentu mengekalkan tubuh supaya tegak lurus.

Otot ini termasuk otot yang menahan belakang,

pinggul dan lutut daripada bengkok.

Disebabkan oleh tindakan tolak ansur dengan

tarikan graviti dan juga tindakan otot, maka postur

ialah keadaan yang dinamik dan sentiasa berubah.

UMUM 
EKASIKAL

Ekasikal ialah kenderaan yang mempunyai satu

tempat duduk dan bingkai yang dipasangkan

di atas satu roda tunggal.

UMUM 
SAYAP KIRI

Sayap kiri ialah istilah yang bermaksud parti atau

cabang kumpulan politik yang radikal. Istilah ini

berasal daripada badan perundangan Perancis

yang pertama selepas Revolusi Perancis.

Perwakilan konservatif duduk di sebelah kanan

speaker, sementara ahli majlis perundangan yang

lebih bersifat radikal duduk di sebelah kiri.

Kemudian, masyarakat seluruh dunia

menggunakan istilah kiri dan kanan untuk

menunjukkan dua pemahaman politik yang

bertentangan, iaitu egalitarianisme radikal dan

konservatisme. Pada umumnya, kumpulan

berhaluan kiri menilai kesamaan lebih tinggi

daripada kebebasan individu. Sebaliknya,

kumpulan berhaluan kanan menganggap

kebebasan lebih tinggi daripada kesamaan. Kini,

kumpulan sayap kiri sering dikaitkan dengan

sosialisme atau komunisme.

UMUM 
TANDU

Tandu ialah alat seperti usungan yang digunakan

oleh orang Cina dan orang Jepun sejak bertahun-tahun,

seperti orang Barat menggunakan teksi.

Penumpangnya duduk atau baring dalam tandu yang

berbentuk kotak, yang panjangnya kira-kira 2.5 meter,

manakala lebar dan tingginya ialah 1 meter. Sisi tandu

berpintu. Struktur ini tergantung pada dua batang

tandu yang dipikul oleh empat orang.

UMUM 
MAKANAN TERNAKAN

Makanan ternakan ialah istilah bagi makanan

yang diberikan kepada haiwan ternakan. Makanan

pelawas (makanan kasar) yang digunakan termasuk

kacang soya, kacang duduk, dan tumbuh-tumbuhan

padang rumput ternak seperti rumput

dan alfalfa. Sesetengah tumbuh-tumbuhan ini

dikeringkan dan diberikan kepada haiwan ternakan

sebagai rumput kering. Penternak sering

mengawet keseluruhan pokok jagung dan lain-lain

tanaman, dan menggunakannya sebagai makanan

ternakan yang dikenali sebagai silaj . Bijian jagung,

betari atau barli boleh dikisar dan dicampurkan

dengan bahan lain untuk membuat satu lagi

makanan ternakan.

UMUM 
MOMEN

Momen dalam ilmu fizik, ialah hasil yang didapati

apabila kuantiti didarab dengan jarak tertentu dari

tengah-tengah atau paksi. Contohnya, momen

inersia yang juga dikenali sebagai tork. Jika

seseorang yang beratnya 100 kilogram, duduk tiga

meter jaraknya dari tengah-tengah jongkang-jongkit,

maka tork ialah 300 kilogram meter.

Jurutera menggunakan momen daya untuk

menentukan tekanan pada jambatan, bangunan,

dan struktur lain seperti pesawat udara dan kereta.

UMUM 
TENUNAN

TENUNAN, hasil kraf tangan utama yang menampakkan keragaman tekstil Melayu. Kain tenunan bererti kain atau tekstil yang dihasilkan dengan teknik tenunan yang dibuat daripada benang. Tenunan awal dihasilkan dengan menggunakan alat tenun duduk, yang masih kekal dalam budaya masyarakat Iban. Masyarakat Bajau Darat atau Iranun juga mewarisi alat tenun duduk, tetapi berkembang kemudian dengan alat tenun berkaki. Tenunan paling awal di Tanah Melayu telah dihasilkan di Terengganu dan Kelantan, dengan menggunakan ‘kei berkaki’. Masyarakat Iranun, Batak dan Toraja terkenal dengan tenunan ikat benang kapas.

BUDAYAKraf Tangan
PERGERAKAN

Pergerakan terjadi apabila sesuatu objek bertukar

tempat di dalam ruang. Pergerakan ialah istilah

bandingan dan bukannya istilah mutlak. Sesuatu

objek berkemungkinan berada dalam pergerakan

bagi sesuatu objek lain tetapi berkemungkinan juga

pegun bagi objek ketiga. Contohnya, andaikan anda

sedang menaiki kereta api dan melewati seseorang

yang sedang berdiri di tepi landasan. Orang yang

berdiri di tepi landasan akan melihat anda dan

penumpang lain di atas kereta api seperti sedang

bergerak, tetapi penumpang yang duduk di sebelah

anda di dalam kereta api sebenarnya duduk tetap

pada pandangan anda.

UMUM 
12

Kembali ke atas