DEWAN ULAMA PAS, majlis ulama Parti Islam Se-Tanah Melayu (PAS). Majlis ini dianggotai oleh para ulama dan siswazah lulusan institusi pengajian tinggi Islam. Dewan Ulama PAS (DUP) bergerak di bawah PAS dan tertakluk kepada perlembagaannya.