Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[du.pa] | دوڤا

Definisi : kemenyan (setanggi dsb) yg harum baunya apabila dibakar; mendupai membakar dupa; pedupaan, pendupaan, perdupaan tem­pat membakar (menyimpan) dupa: kemudian Sutan Balun pun meminta ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[du.pa] | دوڤا

Definisi : kemenyan (setanggi) yg harum baunya apabila dibakar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dupa


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
DUPA

Dupa ialah campuran gam dan balsam yang

berbau wangi. Dupa mengeluarkan bau harum

yang lembut apabila dibakar.

UMUM 
TAIM

Taim ialah nama sekumpulan pudina rimbun,

berbau harum yang berasal dari kawasan

Mediterranean. Orang Yunani purba menggunakan

taim sebagai dupa di kuil. Taim mempunyai rasa

pahit yang menjadikannya perisa yang popular

dalam masakan daging dan sos. Thymol, iaitu ubat

antiseptik, dibuat daripada minyak yang diekstrak

daripada taim. Ubat ini digunakan dalam cecair

pencuci mulut dan ubat batuk.

UMUM 
SETANGGI

Setanggi ialah resin gam yang wangi yang

didapati daripada pokok tertentu yang tumbuh di

Afrika dan Asia. Ia juga dikenali sebagai olibanum .

Pada zaman dahulu, setanggi dibakar sebagai

dupa dalam upacara keagamaan. Kitab Bible

menyatakan bahawa seorang daripada pendeta

telah menghadiahkan setanggi kepada Jesus

(Matt. 2).

UMUM 

Kembali ke atas