Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[du.rian] | دورين

Definisi : 1. sj tumbuhan (pokok yg buahnya berkulit tebal dan berduri), durio spp.; ~ api = ~ daun = ~ tanah sj tumbuhan (pokok) Durio macrophyllus; ~ burung sj tumbuhan (pokok), Durio pinangianus; ~ hutan sj tumbuhan (pokok), Durio malaccensis; 2. = ~ belanda (eropah) = ~ mekah sj tumbuhan (pokok), Annona muricata; 3. = ~ laut sj tumbuhan (pokok), dungun, Brownlowia argentata; ~ tembaga buah durian yg isinya berwarna kuning dan rasanya lebih sedap drpd isi durian yg lain-lain; beruang bagai ~, bernabu bagai cempedak prb sudah berantara (berjarak) spt saudara yg telah jauh; dapat ~ runtuh prb mendapat keuntungan dgn tidak disangka-sangka atau dgn tidak bersusah payah; masak ~ masak manggis prb perempuan biasanya lebih teguh menyimpan rahsia drpd lelaki; spt ~ me­nunjukkan pangsa prb orang yg gemar menunjukkan kebesaran dirinya; spt men­timun dgn ~ prb orang yg lemah (bodoh, miskin) melawan orang yg kuat (cerdik, kaya). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[du.rian] | دورين

Definisi : nama sj pokok atau buahnya (buahnya berkulit tebal dan berduri), Durio zibethinus. ~ belanda (eropah, mekah) nama sj pokok atau buahnya (buahnya boleh dimakan), Annona muricata. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata durian

Puisi
 

Laksamana menabur durian,
     Buah belimbing terhentak-hentak;
Tuan laksana buah durian,
     Di sana gugur sana melantak.


Lihat selanjutnya...(24)
Peribahasa

Durian dengan mentimun,
     menggolek rosak,
kena golek binasa.

Bermaksud :

Orang yang lemah itu tidak berdaya untuk melawan orang yang berkuasa, kerana baik, salah ataupun benar dia juga yang menanggung kerugian.

 

Lihat selanjutnya...(16)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
DURIAN

DURIAN,  (Durio zibethinus merr, daripada famili Bombacaeae), sejenis buah yang dianggap raja segala buah. Kulit luar durian dipenuhi duri yang tajam dan isinya mempunyai bau yang sangat kuat. Durian terdapat di rantau Asia Tenggara sahaja.

BUDAYAFlora dan Fauna
TEMPOYAK

TEMPOYAK, pekasam yang dibuat daripada isi durian dicampur garam. Isi durian yang dicampur garam boleh disimpan selama tiga hingga empat minggu untuk dimakan sebagai tempoyak. Jika hendak disimpan lama lebih banyak garam perlu dicampur. Tempoyak harus disimpan di dalam bekas yang bersih dan kedap udara.

BUDAYAKonsep
OSMAN DOL

OSMAN DOL (1944- ), penulis. Beliau lahir pada 23 Disember 1944 di Bukit Balai, Durian Tunggal, Melaka. Nama sebenarnya ialah Ahmad bin Dugol. Beliau menerima pendidikan rendah di Sekolah Melayu Durian Tunggal dari tahun 1951 hingga tahun 1957. Beliau meneruskan persekolahan menengah dalam aliran Inggeris dengan memasuki kelas peralihan pada tahun 1958 di St. Francis Institution, Melaka hingga lulus Lower Certificate of Education (LCE) pada tahun 1961.

SASTERATokoh
MUHD. MANSUR ABDULLAH MUHD. MANSUR ABDULLAH (1945-    ), penulis dan sarjana. Dia lahir pada 21 Februari 1945 di Kampung Sungai Durian, Teluk Intan, Perak. Muhd. Mansur memakai beberapa nama pena seperti M.Ashikin, Bang Seman, M.Masriah, Mak Uda dan Kak Nab untuk ruangan pojok ”Tanjung Oh Tanjung” dalam akhbar Mingguan Timur, ”Paku Karat” dalam akhbar Watan dan majalah Alam Wanita. Dia mendapat pendidikan rendah di Sekolah Melayu Sungai Durian dan Sekolah Umum Batak Rabit, Teluk Intan, Perak. Kemudian dia melanjutkan pelajarannya di Anglo Chinese School dan di Goverment English Schol (Sekolah Menengah Sultan Abdul Aziz), Teluk Intan, sebelum terpilih meneruskan pelajarannya di Sekolah Datuk Abdul Razak, Tanjung Malim, Perak. SASTERATokoh
LEMPUK

LEMPUK, sejenis makanan yang diperbuat daripada durian yang dimasak dengan gula sehingga hancur dan pekat. Lempuk dibungkus ketat dalam bekas upih dan boleh disimpan lama. Lempuk ini, jika disediakan dengan bersih dan duriannya yang tidak dicemari ulat atau cendawan, boleh disimpan berbulan-bulan.

BUDAYAMakanan
DODOLDODOL, sejenis kuih tradisional yang diperbuat daripada tepung pulut, gula pasir, santan, gula melaka atau gula enau dan kadang-kadang dicampuri durian. Dodol juga dikenal sebagai kelamai. Dodol dibuat untuk juadah hari raya atau majlis perkahwinan. Bahan untuk membuat dodol mestilah bermutu tinggi dan bersih. BUDAYAMakanan
A. SAMAD SAID

A. SAMAD SAID (1935-   ), penulis dan Sasterawan Negara yang keempat.  Dia lahir pada 9 April 1935 di Kampung Belimbing Dalam, Durian Tunggal, Melaka.

SASTERAKonsep
SEKOLAH TUN FATIMAHSEKOLAH TUN FATIMAH, sekolah menengah berasrama penuh. Sekolah Tun Fatimah (STF) sebenarnya bermula dengan penubuhan Sekolah Menengah Perempuan Melayu di Durian Daun, Melaka pada tahun 1956.  Penubuhan sekolah ini adalah bertujuan untuk melahirkan guru-guru pelatih yang ditempatkan di Maktab Perguruan Melayu Melaka (MPPM) selepas mereka menduduki peperiksaan Lower Certifacate of Education (LCE).  Pengambilan masuk pelajar ke sekolah ini adalah dari seluruh Tanah Melayu khususnya dari kawasan luar bandar.SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
PULUTPULUT,  sejenis beras yang lebih berkanji dan melekit yang juga dikenal sebagai beras ketan.  Pulut dimasak secara ditanak atau dikukus.  Pulut tanak kerap dimakan bersama-sama pengat durian atau di campur dengan bubur kacang seperti yang terdapat di utara Semenanjung Malaysia.  Pulut tanak juga boleh dimakan bersama-sama kelapa parut dan ikan kering goreng.BUDAYAMakanan
HAJI ABDUL RAHMAN HAJI SULAIMAN

HAJI ABDUL RAHMAN HAJI SULAIMAN (1923 – 1988), ulama. Dia lahir pada tahun 1923 di Kampung Gucil Lama, Kuala Krai , Kelantan. Dia dikenal dengan nama Haji Abdul Rahman Sungai Durian. Dia mendapat pendidikan Islam pada peringkat awal daripada ayahnya sendiri, Tuk Lebai Sulaiman. Pendidikan formalnya bermula di Sekolah Melayu Sultan Yahya Petra, Kuala Kerai hingga tamat Darjah Tiga, iaitu darjah tertinggi di sekolah pada masa itu. Dia ditawarkan untuk masuk ke Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim (SITC), tetapi ayahnya mahu dia meneruskan pelajarannya dalam bidang agama untuk menjadi seorang ulama.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
12

Kembali ke atas