Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : pegawai diplomatik yg tertinggi pangkatnya yg dihantar oleh kerajaan atau negaranya ke negara asing utk tinggal me­netap di sana (selama beberapa tahun) sbg wakil kerajaannya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : wakil kerajaan yg tertinggi di negara asing. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata duta besar


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ROMULO, CARLOS PENA

Romulo, Carlos Pena (1899–1985) ialah diplomat

dan penulis Filipina, pernah berkhidmat sebagai

setiausaha (kemudian menteri) bagi hal ehwal luar

Filipina dari tahun 1965 hingga tahun 1984. Romulo

berkhidmat sebagai duta besar Filipina ke Amerika

Syarikat, pada tahun 1952 dan 1953, dan dari tahun

1955 hingga tahun 1962. Dia mewakili negaranya ke

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), dari tahun

1946 hingga tahun 1954. Pada tahun 1949, dia menjadi

orang Asia yang pertama memegang jawatan

presiden Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-

Bangsa Bersatu. Romulo mewakili Filipina dalam

Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa

Bersatu pada tahun 1957. Dia berkhidmat sebagai

presiden University of the Philippines dari tahun 1962

hingga tahun 1969, dan juga memegang jawatan

setiausaha pendidikan dari tahun 1966 hingga tahun

1969.

UMUM 
LEMBAGA KEBAJIKAN PEREMPUAN ISLAM PERSEKUTUAN TANAH MELAYU

LEMBAGA KEBAJIKAN PEREMPUAN ISLAM PERSEKUTUAN TANAH MELAYU, pertubuhan kebajikan bagi membantu kaum wanita Islam. Idea penubuhan pertubuhan kebajikan ini lahir daripada cita-cita Tunku Puan Besar Kurshiah, Raja Pemaisuri Agong yang pertama. Baginda berhasrat agar sebuah pertubuhan kebajikan bagi membantu kaum wanita Islam yang miskin dan malang dapat ditubuhkan di negara ini. Baginda berusaha mengumpulkan beberapa tokoh wanita Islam yang berpengalaman mengenai pertubuhan sukarela. Akhirnya, Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan pada 31 Mac 1960. Jawatankuasa pertubuhan kebajikan ini dianggotai oleh Tunku Puan Besar Kurshiah (sebagai Yang Dipertua), Nyonya Razif (isteri kepada Duta Besar Indonesia Persekutuan Tanah Melayu), Puan Sri Puteh Mariah, Tengku Aishah, Fatimah Musa, Che Tom Khir Johari dan Aminah Bahaman.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi

Kembali ke atas