DUTI SETEM | Duti setem ialah cukai yang penting di kebanyakan negara. Di Australia, New Zealand, dan United Kingdom, ia ialah cukai yang dikenakan ke atas dokumen berkaitan dengan jualan harta. | UMUM | |
KESATUAN KASTAM | Kesatuan kastam ialah gabungan dua atau lebih negara yang bersetuju untuk menghapuskan cukai duti, kuota dan halangan-halangan lain dalam perdagangan antara satu sama lain. | UMUM | |
ALIRAN BERSIH | Kaedah pengiraan pemboleh ubah reka bentuk turus penyulingan menggunakan graf keseimbangan fasa y - x. Pada paksi menegak, y ialah pecahan mol dalam fasa wap dan pada paksi mendatar, x ialah pecahan mol dalam fasa cecair. Kesemua graf keseimbangan fasa biasanya diberi untuk komponen yang lebih meruap, iaitu komponen yang takat didihnya lebih rendah. Antara pemboleh ubah reka bentuk turus penyulingan yang biasa didapati menggunakan kaedah McCabe-Thiele ialah bilangan peringkat atau dulang, nisbah refluks minimum, bilangan dulang yang minimum, kedudukan peringkat bagi aliran masukan, keperluan duti haba untuk pengulang didih, dan keperluan duti penyejukan untuk kondenser | KEJURUTERAAN | Konsep |