SALSIFY | Salsify ialah sayur dwitahunan. Ia juga dinamakan tumbuhan tiram kerana akarnya yang berisi berasa seperti rasa tiram. Tumbuhan ini berasal dari kawasan Mediterranean, tetapi kini ditanam dengan meluas di kedua-dua bahagian Atlantik. Akarnya yang tirus digunakan di Eropah dan Amerika sebagai sayur. Cara yang biasa menyediakan salsify ialah dengan merebusnya sehingga empuk dan kemudian dikrim. Rasanya juga sedap kalau direbus dan kemudian dicelup dalam serbuk biskut dan digoreng. Peladang menanam salsify dengan cara yang sama seperti menanam parsnip. Akarnya boleh disimpan dalam musim sejuk sama ada dalam tanah atau disimpan dalam tanah yang sejuk, lembap. Pengelasan saintifik. Salsify tergolong dalam famili komposit, Compositae (Asteraceae). Ia dikelaskan sebagai Tragopogon porrifolius . Lihat juga Parsnip. | UMUM | |
PASLI | Pasli ialah sayur dwitahunan, yang biasanya dianggap sebagai herba. Pasli berkaitan rapat dengan jintan putih. | UMUM | |
PARSNIP | Parsnip ialah sayur dwitahunan yang mempunyai banyak daun bercuping dalam dan halus. Bahagian parsnip yang boleh dimakan ialah akar putihnya yang panjang tirus. Parsnip ialah tumbuhan biasa di laman rumah, tetapi sayur ini tidak penting dari segi komersial. Parsnip berkaitan dengan lobak merah dan adas. | UMUM | |
MULLEIN | Mullein ialah nama bagi lebih daripada 350 spesies tumbuhan dwitahunan yang berbulu, yang tergolong dalam famili figwort. Mullein berasal daripada Eropah dan Asia. Ia biasanya tumbuh di kawasan kering, berbatu, terutamanya di kawasan Mediterranean. Ia mempunyai roset daun yang berbulu berhampiran dengan tanah, yang daripadanya tumbuh spika bunga yang panjang di tengahnya. | UMUM | |
HADIAH SASTERA TUNAS CIPTA | Hadiah Sastera Tunas Cipta (HSTC), hadiah dwitahunan yang diberikan kepada penulis yang berumur 16 hingga 25 tahun yang karya bermutu mereka tersiar dalam majalah Tunas Cipta. | SASTERA | Anugerah/Hadiah |
BURDOCK | Burdock ialah tumbuhan berbulu kasar. Ia adalah tumbuhan dwitahunan: akarnya hidup untuk dua musim. | UMUM | |
SWEET WILLIAM | Sweet William ialah tumbuhan taman yang popular yang berasal dari utara Eropah dan Asia. Tumbuhan ini biasanya tumbuh lebih kurang 60 sentimeter tingginya dan mengeluarkan bunga bak baldu bergugus-gugus bulat, padat. Bunganya berwarna putih, samar, samar ros, atau ungu, dan ia biasanya berlingkar-lingkar, atau bertitik-titik dengan warna kontras. Tumbuhan ditanam mungkin mengeluarkan bunga ganda. Pekebun biasanya menanam sweet William sebagai tumbuhan dwitahunan (tumbuhan yang memerlukan dua tahun untuk matang). | UMUM | |
THISTLE | Thistle ialah nama yang diberi kepada sekumpulan tumbuhan yang mempunyai spina dan duri tajam. Thistle adalah rumpai yang mengganggu. Ia tumbuh di banyak bahagian di dunia. Thistle yang paling biasa adalah thistle menjalar , thistle lembing, thistle halus, dan thistle Scotland . Thistle tumbuh di padang rumput ternak, ladang bijian dan ladang rumput kering, dan di sepanjang jalan, tempat tanah subur. Thistle yang paling mengganggu, iaitu thistle menjalar, adalah tumbuhan saka, yang tumbuh tahun demi tahun tanpa ditanam semula. Tiga spesies lagi adalah tumbuhan dwitahunan yang tumbuh selama dua tahun sahaja. | UMUM | |