Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : n timur: the sun rises in the ~, matahari terbit di sebelah timur; to the ~ of, di (sebelah) timur (dr): the holiday resort is situated to the ~ of the town, tempat peranginan itu terletak di sebelah timur bandar tersebut. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : adv ke (arah) timur: the house faces ~, rumah itu menghadap ke timur; the ship sailed ~ for ten days, kapal itu belayar ke timur selama sepuluh hari; ~ of, di (sebelah) timur: ~ of Suez, di (sebelah) timur Suez; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : adj timur: ~ coast, pantai timur; ~ wind, angin timur; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata east


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
EAST LONDON

East London (pend. 77 060; pend. kaw. met.

105 887) ialah sebuah pelabuhan dan bandar di

pantai timur Afrika Selatan, di provinsi Eastern

Cape.

UMUM 
EAST ANGLIA

East Anglia ialah wilayah di timur England

yang meliputi kaunti Norfolk, Suffolk, dan

Cambridgeshire.

UMUM 
ESSEX

Essex ialah kaunti di tenggara England. Untuk

lokasi, lihat England (peta politik). Namanya berasal

daripada nama kumpulan terawal Anglo-Saxon

yang dikenali sebagai East Saxons. Kerajaan East

Saxons ditubuhkan di kawasan itu pada tahun 400 M.

UMUM 
MENARA LONDON

Menara London ialah sekumpulan bangunan

batu di East End, London, di tebing utara Sungai

Thames. Ia pernah menjadi kubu, penjara dan

istana. Bangunan yang paling lama iaitu menara

tengah, yang dinamakan Menara Putih, dibina oleh

William I, sejak akhir tahun 1000-an.

UMUM 
YORKSHIRE

Yorkshire ialah kawasan geografi yang besar

di bahagian timur laut England. Ia meliputi kaunti

Yorkshire Utara, East Riding of Yorkshire, sembilan

daerah metropolitan yang membentuk selatan dan

barat laut Yorkshire, dan York bandar katedral

purba. Hampir keseluruhan wilayah Yorkshire

Utara merupakan desa.

UMUM 
MOSLEY, SIR OSWALD

Mosley, Sir Oswald (1896–1980), menubuhkan

Kesatuan Fasis British pada tahun 1930-an. Dia

dan pengikutnya yang berbaju hitam terlibat

dalam rusuhan terutamanya di kawasan East End,

London. Dalam Perang Dunia II (1939–1945),

Mosley ditahan kerana pandangannya yang pro-

Jerman. Kemudian, dia cuba menghidupkan

semula fahaman fasis di United Kingdom. Mosley

lahir di London. Dia dipilih menjadi ahli parlimen

Parti Konservatif bagi kawasan Harrow pada

tahun 1918. Pada tahun 1926, dia dipilih pula

sebagai ahli parlimen Parti Buruh untuk kawasan

Smethwick. Dia bersara pada tahun 1930 dan

menubuhkan partinya sendiri.

UMUM 
AUCKLAND

Auckland (pend. 855 571), berserta subbandarnya

dan bandar satelitnya, ialah pusat penduduk yang

terbesar di New Zealand. Lebih daripada suku

penduduk negara ini tinggal di sini. Penduduk di

kawasan Majlis Perbandaran Auckland adalah 315

668 orang. Kawasan bandarnya berpusat di bandar

Auckland . Ia juga termasuk bandar di sekeliling

Takapuna, Teluk Pantai Timur (East Coast Bays) dan

Birkenhead di utara; Waitemata dan Gunung Albert

di barat; Manukau, Papakura, dan Papatoetoe di

selatan; dan beberapa pekan lain. Kawasan pusat

perniagaannya terletak di sekitar Queen Street di

bandar Auckland. Iklim yang nyaman di Auckland,

peluang perniagaan dan rekreasi, dan keindahan

pemandangannya telah menarik kedatangan orang

dari Kepulauan Pasifik, Eropah, dan bahagian-

bahagian lain di New Zealand.

UMUM 
SVALBARD

Svalbard ialah gugusan pulau di Lautan Artik

yang terletak di tengah-tengah perjalanan di antara

Norway dan Kutub Utara. Pulau-pulau ini

kepunyaan Norway dan Svalbard ialah namanya

dalam bahasa Norway. Kadangkala ia dikenali

dengan nama Jermannya, iaitu Spitsbergen.

Svalbard mempunyai lima pulau besar dan banyak

pulau kecil. Pulau-pulau utama dari segi saiz, ialah

Spitsbergen, North East Land, Pulau Edge, Pulau

Barents, dan Prince Charles Foreland. Luas

Svalbard ialah 62 050 kilometer persegi. Jaraknya

dari Kutub Utara ialah 1100 kilometer. (Lihat Lautan

Artik [peta]; Norway [peta]).

UMUM 
SMYTHE, PAT

Smythe, Pat (1928–1996) membuktikan dirinya

sebagai salah seorang ahli menunggang kuda

wanita dan penunggang pertandingan lompat kuda

yang terbaik di United Kingdom (UK). Pada tahun

1949, dia meraih gelaran penunggang

pertandingan lompat kuda tahun tersebut. Pada

tahun 1962, dia memenangi Saddle of Honour

di Pertandingan Lompat Kuda Diraja Antarabangsa.

Pat Smythe lahir di East Sheen, Surrey. Dia mula

menunggang kuda ketika berusia empat tahun. Dia

memenangi beberapa roset dengan menunggang

Finality dalam Pertandingan Lompat Kuda

Antarabangsa di Stadium White City; London pada

tahun 1947. Ketika itu dia berusia 18 tahun. Kudanya

yang lain termasuklah Tosca, Prince Hal dan

Flanagan. Pada tahun 1963, dia berkahwin dan

menggunakan nama Patricia Rosemary Koechlin.

UMUM 
PULAU MANHATTAN

Pulau Manhattan ialah pusat perdagangan,

kewangan, penerbitan, dan kebudayaan New York

City. Setiap hari berjuta-juta manusia berulang-alik

untuk bekerja di pejabat, kilang, kedai dan teater.

Manhattan mempunyai penduduk seramai

1 428 285 orang dan kawasan seluas 62 kilometer

persegi, termasuk 31 kilometer persegi kawasan

air pedalaman. Pulau ini membentuk borough

(daerah) Manhattan, kawasan terkecil di antara lima

borough New York . Sungai East ialah sempadan

timurnya, sementara Hulu Teluk New York terletak

di selatan, Sungai Hudson di barat, dan Sungai

Harlem dan Spunyten Duyvil Creek di utaranya.

Jambatan, feri, dan terowong menghubungkan

pulau ini dengan borough lain dan New Jersey.

UMUM 
12

Kembali ke atas