Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[é.di.tor] | ايديتور

Definisi : (éditor) orang yg memperbaik (memperkemas) dan menyediakan karangan (makalah, buku, dsb) utk dicetak, penyunting, pengedit: mereka berbicara tentang tanggungjawab ~, penulis, dan pembaca; ~ kopi editor yg menyunting manuskrip dr segi ketepatan dan keselar (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[é.di.tor] | ايديتور

Definisi : /éditor/ orang yg mengedit atau menyunting sesuatu karangan; pengedit. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata editor


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MURRAY, SIR JAMES

Murray, Sir James (1837–1915), ahli filologi

Scotland (pengkaji bahasa). Dia menjadi editor

Oxford English Dictionary selama 35 tahun. Sebagai

ahli leksikografi (penulis kamus), Murray terkenal

dengan penggunaan perkataan yang tepat dan

pengetahuan yang luas. Walaupun kamus itu belum

siap ketika dia meninggal dunia, Murray memberi

sumbangan yang paling penting bagi

penerbitannya. James Augustus Henry Murray lahir

di Denholm, di kawasan sempadan Scotland. Dia

bertugas sebagai guru di pekan berdekatan, iaitu

Hawick, kemudian menjadi kerani bank dan guru di

London. Dia belajar linguistik (kajian tentang

bahasa) secara sendiri. Dia menjadi ahli Persatuan

Teks Inggeris Awal dan Persatuan Filologi London.

Dia menjadi editor Oxford English Dictionary pada

tahun 1879. Dia dianugerahi pingat kesateria pada

tahun 1908 yang membawa gelaran Sir.

UMUM 
MEDILL, JOSEPH

Medill, Joseph (1823–1899), pejuang editor dan

penerbit Amerika yang menjadikan Chicago Tribune

salah sebuah akhbar yang paling berjaya di dunia.

UMUM 
MENCKEN, H.L.

Mencken, H.L. (1880–1956) ialah pengkritik,

editor, dan wartawan Amerika Syarikat. Dia paling

terkenal kerana serangannya terhadap cita rasa dan

kebudayaan Amerika Syarikat serta kerana kajiannya

tentang bahasa Amerika.

UMUM 
ANGELOU, MAYA

Angelou, Maya (1928– ), penulis, penyair,

penulis skrip drama, editor, pelakon wanita,

pengarah, dan guru Amerika. Dia paling dikenali

kerana siri pertama karya autobiografinya, I Know

Why the Caged Bird Sings (1970).

UMUM 
DE VOTO, BERNARD AUGUSTINE

De Voto, Bernard Augustine (1897–1955)

ialah editor dan pengkritik Amerika

yang terkenal kerana penulisan sejarah

penerokaan daerah pedalaman barat.

UMUM 
ACTON, LORD

Acton, Lord (1834–1902), dianggap sebagai salah

seorang sejarawan teragung pada tahun 1800-an.

Dia menulis banyak esei, dan menjadi editor sebuah

buku berpengaruh Cambridge Modern History .

Acton amat disegani oleh sejarawan lain kerana

kepintarannya, pertimbangannya, dan keilmuannya.

Dia paling diingati atas kenyataannya, “All power

tends to corrupt, and absolute power corrupts

absolutely”. (Semua kuasa terdedah kepada rasuah,

dan kuasa mutlak terdedah kepada rasuah mutlak).

UMUM 
JURNAL PERSATUAN LINGUISTIK MALAYSIA

JURNAL PERSATUAN LINGUISTIK MALAYSIA,  jurnal  terbitan persatuan ahli bahasa dan penggiat bahasa Melayu di Malaysia.  Jurnal ini terbit kali pertama pada tahun 1983.  sidang Editornya terdiri daripada Prof. Dr. Nik Safiah Karim selaku Ketua Editor, Dr. Abd. Aziz Idris selaku Editor  dan Prof. Dr. Farid M. Onn serta Awang Sariyan selaku Editor Pelaksana.

BAHASAKarya
BUCKLEY, WILLIAM F., JR.

Buckley, William F., Jr. (1925– ) ialah editor

dan penulis Amerika. Dia menjadi salah seorang

jurucakap yang terkenal bagi politik konservatif

di Amerika Syarikat.

UMUM 
TRISNO SUMARDJO

TRISNO SUMARDJO (1916 – 1969), pelukis, penulis dan penterjemah Indonesia. Dia lahir pada 6 Disember 1916 di Surabaya, Jawa Timur. Trisno Sumardjo mempunyai kelulusan AMS-II Barat Klasik dari Yogyakarta, Jawa Tengah, pada tahun 1937. kemudian dia menjadi guru sekolah swasta (1938 – 1942) dan sebagai Pegawai Jawatan (Jabatan) Kereta Api (1942 – 1948). Dia juga menjadi editor majalah Seniman (1947 – 1948), ketua majalah Indonesia (1947 – 1948), Sekretaris Lembaga Kebudayaan Indonesia (1950), editor penyelaras majalah Seni (1954), Sekretaris Umum Badan Musyawarat Kebudayaan Nasional (1956), Ketua Delegasi Pengarang Indonesia ke Republik Rakyat China (1957), editor penyelaras majalah Gala (1968) dan Ketua Badan Pengurus Harian Taman Ismail Marzuki (TIM), merangkap sebagai Ketua Kesenian Jakarta yang pertama (1968 – 1969). Pada tahun 1952, Trisno Sumardjo mendapat biasiswa Rockfeller dalam rangka lawatan muhibbah ke Amerika Syarikat dan ke beberapa negara Eropah Barat. Pada 17 Ogos 1963, dia menandatangani Manifes Kebudayaan, di Jakarta.

SASTERATokoh
ADI MAS

ADI MAS (1931-1973), editor dan penulis. Dia lahir pada 27 Ogos 1931 di Kampung Jawa, Teluk Intan, Perak. Nama sebenarnya ialah Abdul Rashid bin Muhammad. Dia juga menggunakan nama pena Rashid, Sasterawan dan Seniman.

SASTERAKonsep
123

Kembali ke atas