GENERAL CERTIFICATE OF EDUCATION (GCE) | | UMUM | |
GENERAL CERTIFICATE OF SECONDARY EDUCATION (GCSE) | | UMUM | |
PERTUBUHAN MENTERI-MENTERI PENDIDIKAN ASIA TENGGARA | Pertubuhan Menteri-menteri Pendidikan Asia Tenggara [Southeast Asian Ministers of Education Organization (SEAMEO)] ialah pertubuhan serantau yang bermatlamat untuk meningkatkan kerjasama antara negara-negara Asia Tenggara menerusi bidang pendidikan, sains, dan kebudayaan. | UMUM | |
AMINUDDIN BAKI | Aminuddin Baki (1926–1965), Ketua Penasihat Pelajaran. Dia terlibat dalam perkembangan pelajaran di Tanah Melayu sejak tahun 1951. Dia pernah dilantik sebagai salah seorang ahli Committee on Malay Education, Federation of Malaya. Jawatankuasa ini telah dipengerusikan oleh L. J. Barnes dari Oxford University. Dia juga pernah dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Pelajaran yang dipengerusikan oleh Dato’ Abdul Razak Hussein, Menteri Pelajaran pada masa itu pada tahun 1956. | UMUM | |
RICKOVER, HYMAN GEORGE | Rickover, Hyman George (1900–1986) ialah pegawai angkatan tentera laut Amerika, perintis pembinaan Nautilus, kapal selam pertama yang menggunakan kuasa nuklear. Pada tahun 1965, dia dianugerahkan Pingat Enrico Fermi, anugerah sains atom Amerika Syarikat yang tertinggi. Rickover telah menghasilkan Education and Freedom (1959), yang mengandungi pendapatnya tentang pendidikan. | UMUM | |
MOHD. YUSOF HASAN | MOHD. YUSOF HASAN (1940- ), sarjana kesusasteraan Melayu. Dia lahir pada 20 Januari 1940 di Jitra, Kedah. Mohd. Yusof mendapat pendidikan di Sekolah St. Micheal (swasta), Alor Setar (1951-1956). Dia kemudian lulus Certificate of Education pada tahun 1960. Kemudian dia melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya, Kuala Lumpur hingga memperoleh ijazah Sarjana Muda Sastera (Kepujian) pada tahun 1969. Dia memperoleh Diploma of Education di Universiti yang sama pada tahun 1970. Pada tahun 1976, Mohd. Yusof lulus ijazah Sarjana Sastera dari Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. Kemudian dia ke Australian National University, Canberra, Australia untuk melanjutkan pelajaran sehingga memperoleh ijazah Doktor Falsafah pada tahun 1986. | SASTERA | Tokoh |
SEKOLAH TUN FATIMAH | SEKOLAH TUN FATIMAH, sekolah menengah berasrama penuh. Sekolah Tun Fatimah (STF) sebenarnya bermula dengan penubuhan Sekolah Menengah Perempuan Melayu di Durian Daun, Melaka pada tahun 1956. Penubuhan sekolah ini adalah bertujuan untuk melahirkan guru-guru pelatih yang ditempatkan di Maktab Perguruan Melayu Melaka (MPPM) selepas mereka menduduki peperiksaan Lower Certifacate of Education (LCE). Pengambilan masuk pelajar ke sekolah ini adalah dari seluruh Tanah Melayu khususnya dari kawasan luar bandar. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
OSMAN DOL | OSMAN DOL (1944- ), penulis. Beliau lahir pada 23 Disember 1944 di Bukit Balai, Durian Tunggal, Melaka. Nama sebenarnya ialah Ahmad bin Dugol. Beliau menerima pendidikan rendah di Sekolah Melayu Durian Tunggal dari tahun 1951 hingga tahun 1957. Beliau meneruskan persekolahan menengah dalam aliran Inggeris dengan memasuki kelas peralihan pada tahun 1958 di St. Francis Institution, Melaka hingga lulus Lower Certificate of Education (LCE) pada tahun 1961. | SASTERA | Tokoh |
ZURINAH HASSAN | ZURINAH HASSAN (1949- ), penyair. Dia lahir pada 13 Jun 1949 di Bakar Bata, Alor Setar, Kedah. Dia pernah menggunakan nama pena Haniruz. Dia mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Tikam Batu, Sungai Petani. Kemudian, dia melanjutkan pelajaran di Sekolah Inggeris hingga lulus Malaysia Certificate of Education (MCE). Sebelum melanjutkan pengajian di Universiti Sains Malaysia (1971-1974), dia mendapat pendidikan menengah atas di Sekolah menengah Sultanah Asma, Alor Setar, Kedah hingga lulus Sijil Tinggi Persekolahan pada tahun 1970. Dia pernah bertugas di Jabatan Penerangan Malaysia. Pada bulan Jun 1996, dia bersara daripada jawatannya untuk menumpukan perhatian kepada bidang penulisan. | SASTERA | Tokoh |
MUSLIM BURMAT | MUSLIM BURMAT (1943- ), penulis negara Brunei Darussalam. Dia lahir pada 15 April 1943, di Kampung Kiarong, Brunei Darussalam. Muslim pernah menggunakan nama pena Kalam Musba pada tahun 1960-an. Dia mendapat pendidikan awal dan menengah dalam aliran Melayu dan Inggeris di Brunei Darussalam. Pada tahun 1968, dia berpeluang mengikuti kursus setahun di Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Dari tahun 1971 hingga tahun 1972, dia mengikuti Kursus Penulisan dan Pengeluaran Buku di Institute of Education, University of London. | SASTERA | Tokoh |