Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[é.ga.li.ta.ria.nis.me] | ايݢاليتاريانيسمى

Definisi : (égalitarianisme) fahaman bahawa semua orang sama rata, dan dgn itu mestilah mendapat hak dan peluang yg sama: dlm keluarga Melayu amnya dan keluarga Islam khususnya, terdapat ciri-ciri ~ yg mendasari bentuk keluarga demokratik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata egalitarianisme


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SAYAP KIRI

Sayap kiri ialah istilah yang bermaksud parti atau

cabang kumpulan politik yang radikal. Istilah ini

berasal daripada badan perundangan Perancis

yang pertama selepas Revolusi Perancis.

Perwakilan konservatif duduk di sebelah kanan

speaker, sementara ahli majlis perundangan yang

lebih bersifat radikal duduk di sebelah kiri.

Kemudian, masyarakat seluruh dunia

menggunakan istilah kiri dan kanan untuk

menunjukkan dua pemahaman politik yang

bertentangan, iaitu egalitarianisme radikal dan

konservatisme. Pada umumnya, kumpulan

berhaluan kiri menilai kesamaan lebih tinggi

daripada kebebasan individu. Sebaliknya,

kumpulan berhaluan kanan menganggap

kebebasan lebih tinggi daripada kesamaan. Kini,

kumpulan sayap kiri sering dikaitkan dengan

sosialisme atau komunisme.

UMUM 

Kembali ke atas