Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[é.ka.ba.ha.sa] | ايکابهاس

Definisi : (ékabahasa) 1. (bkn kamus) dlm satu bahasa (keseluruhan kandungannya, iaitu perkataan dll yg ditakrif, takrif, serta maklumat lain yg diberikan): Kamus Dewan ialah kamus ~; 2. (bkn orang) mengetahui atau boleh bertutur dsb dlm satu bahasa sahaja (biasanya (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ekabahasa


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KAMUS MODEREN BAHASA INDONESIAKAMUS MODEREN BAHASA INDONESIA, kamus ekabahasa: Indonesia-Indonesia, disusun oleh Sutan Mohammad Zain, Guru Besar Universitas Nasional di Jakarta, dan diterbitkan oleh Penerbit Grafica Jakarta tanpa menyebut tarikh penerbitannya. Kamus ini  mempunyai 896 halaman dan berukuran 20.5 cm x 14.5 cm. Isi kandungannya padat, bahasanya ringkas tetapi jelas.BAHASAPenerbitan
KAMUS MELAYU

KAMUS MELAYU, kamus ekabahasa bertulisan Jawi, yang disusun oleh Al-Haji Syamsuddin bin Muhammad Yunus J.P. pada tahun 1353 H. Kamus ini dikenal juga sebagai Kamus Makna Perkataan Melayu. Cetakan kedua kamus ini terbit pada tahun 1367 H dengan tambahan 3000 perkataan lagi dan cetakan ketiga pada tahun 1372 H. Cetakan ketiga ini diterbitkan oleh Maktabah Al-Haji Abdullah bin Muhammad Nuruddin Al-Rawi dan dicetak di The United Press Pulau Pinang.

BAHASAPenerbitan
KAMUS DEWAN

KAMUS DEWAN, kamus ekabahasa bahasa Melayu yang mula diusahakan pada tahun 1963 dan diterbitkan pada tahun 1970 oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Kamus Dewan merupakan salah satu korpus bahasa yang penting yang dapat memaparkan perkembangan sesuatu bahasa, khususnya dari segi ejaan, sebutan, bentuk dan jenis kata, semantik, pragmatik, stilistik, dan sebagainya. Kamus ini dijangka dapat menjadi dokumen penting yang mencatatkan pelbagai aspek perkembangan bahasa Melayu moden, khususnya antara tahun 1950-an sehingga tahun 1970. Pengguna sasaran kamus ini ialah pengkaji atau penyelidik bahasa Melayu serta pembaca umum di Malaysia, Indonesia, Brunei, Singapura, dan juga sesiapa yang berminat untuk mengkaji perkembangan bahasa Melayu.

BAHASAPenerbitan
SISKEP

SISKEP, sistem penterjemahan berbantukan komputer.  Sistem ini dibina oleh Projek Terjemahan Berkomputer di Universiti Sains Malaysia (USM).  SISKEP ialah akronim daripada Sistem Kerja bagi Penterjemah.  Sistem berkomputer ini membantu penterjemah dengan menyediakan sebuah pemproses kata, kamus ekabahasa, kamus dwibahasa, kamus istilah dan tesaurus.

BAHASASistem
KAMUS DWIBAHASA

KAMUS DWIBAHASA, kamus yang menggunakan dua bahasa untuk menjelaskan makna kata atau ungkapan dalam kedua-dua bahasa tersebut. Jika dibandingkan dengan sejarah leksikografi di India dan di Barat, seperti di Rom dan di Greece, akan didapati bahawa ada perbezaan yang amat ketara dengan sejarah leksikografi yang berlaku di Alam Melayu. Di India dan di Barat, dorongan untuk menyusun kamus terbit daripada keperluan untuk memperjelas makna kata atau ungkapan yang sukar difahami yang terdapat dalam kesusasteraan klasik masing-masing. Dengan demikian, kamus terawal yang dihasilkan dalam tamadun India dan Barat ialah kamus yang berbentuk ekabahasa.

BAHASAPenerbitan

Kembali ke atas