Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[é.kar] | ايکر

Definisi : (ékar) ukuran luas yg bersamaan dgn 4840 ela persegi atau 4046.86 meter persegi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[é.kar] | ايکر

Definisi : /ékar/ ukuran luas yg besarnya 0.4047 hektar persegi atau bersamaan dgn 4840 ela persegi: 640 ~ sama dgn satu batu persegi atau 259 hektar persegi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ekar


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
EKAR

Ekar ialah ukuran keluasan tanah dalam sistem

imperial.

UMUM 
KOLEJ AGAMA SULTAN ZAINAL ABIDIN

Kolej Agama Sultan Zainal Abidin

(KUSZA) ialah sebuah pusat pengajian tinggi

Islam. KUSZA yang terletak di Gong Badak,

mempunyai kawasan seluas 144 hektar (350 ekar),

dan jaraknya kira-kira 15 kilometer dari bandar

Kuala Terengganu.

UMUM 
GEYLANG SERAI

GEYLANG SERAI, kediaman orang Melayu sejak pertengahan tahun 1800 (yang terletak di daerah Timur Singapura). Dua pertiga daripada tanah kawasan tersebut (600 ekar) dimiliki oleh Syed Abdul Rahman Alsagoff, saudagar Arab, dan keluarganya. Pada masa itu, kawasan tersebut dikenal sebagai ‘Preseverence Estate’. Apabila estet tersebut diserahkan kepada seorang pegawai Inggeris untuk dibangunkan secara lebih teratur, serai mula ditanam secara besar-besaran. Sejak itu timbul nama Geylang Serai.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

UNIVERSITI UTARA MALAYSIA, universiti keenam di Malaysia.  Universiti ini ditubuhkan pada 16 Februari 1984.  Hasrat utamanya adalah bagi menambahkan tenaga pengurus yang mahir dan menampung bilangan pelajar ke peringkat pengajian tinggi yang sentiasa meningkat.  Kampus sementara Universiti Utara Malaysia (UUM) terletak di Bandar Darul Aman, Jitra, Kedah.  Walaupun berupa kampus sementara tetapi lengkap dengan berbagai-bagai kemudahan seperti Pusat Komputer, Dewan Besar, kemudahan rekreasi, kompleks sukan dan sebagainya di kawasan seluas 64 ekar.  Kampus sementara UUM sekarang ini diambil alih oleh Institut Perguruan Darul Aman (IPDA).

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi

Kembali ke atas