EKOLOGI | Ekologi ialah cabang sains yang mengkaji hubungan benda hidup sesama sendiri dan dengan persekitarannya. | UMUM | |
PERSEKITARAN ABIOTIK | Persekitaran abiotik lihat Ekologi; Persekitaran. | UMUM | |
ELTON, CHARLES SUTHERLAND | Elton, Charles Sutherland (1900–1991), pakar biologi Inggeris. Dia terkenal sebagai perintis ekologi, bidang sains yang mengkaji perhubungan hidupan dengan alam sekitaran dan antara hidupan dengan hidupan lain. | UMUM | |
DASAR LUAR MALAYSIA | Dasar Luar Malaysia. Dasar negara yang berkaitan dengan hubungan kerjasama politik, ekonomi, sosial, teknologi dan ekologi dengan negara lain. | SAINS POLITIK DAN KETATANEGARAAN | Dasar |
MUZIUM TANAMAN | Muzium tanaman, gedung simpanan dan arkib pokok-pokok tanaman yang mempamerkan data-data lengkap seperti rekod geografi, ekologi, sejarah, keterangan etnobotani dan data penyelidikan. | PERTANIAN | Institusi/Organisasi |
PENERBIT SINAR HARAPAN | PENERBIT SINAR HARAPAN, penerbit akhbar dan buku di Indonesia. Penerbit ini ditubuhkan pada bulan Februari 1979 di Jakarta, sebagai salah satu usaha PT Sinar Kasih. Penerbit ini menerbitkan buku kanak-kanak, komik, sastera, sosiopolitik, hukum, falsafah, wanita, keluarga, ekonomi, ekologi, teknik dan politeknik. Antara pengarang Indonesia yang pernah menjadi editor penerbit ini ialah Satyagraha Hoerip, Julius R. Siyaranamual; Jajak MD, Korrie Layun Rampan dan Sides Sudyarto DS. Alamat terakhirnya ialah di Jalan Dewi Sartika No. 136-D, Jakarta 13630. Direktur utamanya sejak tahun 1979 ialah Aristides Katoppo. | SASTERA | Penerbitan |