EKONOMETRIK | Ekonometrik ialah cabang ekonomi yang menggunakan aplikasi matematik dan statistik dalam teori ekonomi. Perniagaan dan kerajaan menggunakan ekonometrik untuk menganalisis dan meramal aktiviti ekonomi. | UMUM | |
TINBERGEN, JAN | Tinbergen, Jan (1903–1994) ialah ahli ekonomi Belanda, berkongsi Hadiah Nobel yang pertama untuk bidang ekonomi dengan Ragnar Frisch dari Norway pada tahun 1969. Tinbergen dan Frisch menerima anugerah tersebut kerana hasil kerja mereka membina model matematik yang digunakan dalam ekonometrik (analisis kegiatan ekonomi menggunakan matematik). | UMUM | |