Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[é.ko.ran] | ايکورن

Definisi : akibat atau perkembangan seterusnya yg timbul drpd sesuatu peristiwa dll, lanjutan (drpd sesuatu yg telah berlaku); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[é.ko.ran] | ايکورن

Definisi : akibat drpd sesuatu perkara; kesudahan drpd sesuatu kejadian: Dua orang pemuda telah ditahan sbg ~ drpd peristiwa rompakan yg lalu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ekoran


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
RUKUN NEGARA

RUKUN NEGARA, ideologi negara yang dirumuskan sebagai norma hidup warganegara Malaysia berbilang kaum bagi mencapai konsensus baru dan perpaduan nasional ekoran Peristiwa 13 Mei 1969.  Rukun Negara diumumkan oleh Yang di-Pertuan Agong pada 31 Ogos 1970 sebelum pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep
GILA

GILA, suatu keadaan mental yang tidak sihat atau tidak waras. Gila melambangkan tiga suasana atau keadaan. Suasana pertama, menggambarkan keadaan kesihatan iaitu seseorang itu dikatakan tidak sihat atau tidak waras fikirannya ekoran kerosakan yang berlaku pada otaknya, misalnya otak miring atau tiga suku dan gila isim. Suasana kedua, menggambarkan suatu keadaan yang lain daripada biasa ataupun yang tidak mengikuti kelaziman, misalnya seperti anyam gila iaitu suatu bentuk anyaman yang tidak menentu coraknya. Suasana ketiga, menggambarkan suatu keadaan yang asyik, sayang atau cinta yang amat sangat, misalnya gila bayang, gila talak, gila judi, gila pangkat dan gila perempuan.

BUDAYAPenyakit
PERSATUAN MELAYU NEGERI SEMBILAN

PERSATUAN MELAYU NEGERI SEMBILAN, persatuan negeri.  Persatuan ini ditubuhkan pada 9 September 1939.  Ia ditubuhkan ekoran daripada berita-berita akhbar yang mengalu-alukan penubuhan persatuan-persatuan negeri Melayu yang lain seperti Perak, Selangor dan Pahang sebagai satu usaha menyatukan dan membela nasib orang Melayu di negeri masing-masing.  Persatuan ini ditubuhkan setelah mendapat penerangan yang jelas daripada Tengku Ismail Hussin, Presiden Persatuan Melayu Selangor, yang berceramah pada 1 September 1938 di Kuala Pilah, Negeri Sembolan.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIPersatuan
PERJANJIAN PANGKOR

PERJANJIAN PANGKOR (1874), perjanjian yang ditandatangani antara pihak British dengan Raja Abdullah, Ngah Ibrahim, pembesar-pembesar Hilir Perak, ketua puak Hai San dan ketua puak Ghee Hin. Perjanjian ini ditandatangani pada 20 Januari 1874 di Pulau Pangkor, Perak.  Perjanjian Pangkor termeterai ekoran perebutan takhta kerajaan Perak dan kekacauan antara dua puak pelombong Cina, iaitu puak Ghee Hin dan puak Hai San.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIPerjanjian/Konvensyen/Triti/Persetiaan
TOKOH GURU

TOKOH GURU, anugerah untuk menghargai dan mengiktiraf kerjaya dalam bidang pendidikan. Anugerah ini mula diperkenalkan sekitar pertengahan tahun 1970-an oleh Kementerian Pendidikan Malaysian. Ekoran daripada Hari Guru yang mula diadakan pada tahun 1972, Kementerian Pendidikan merasakan perlu diberikan satu penghormatan kepada guru sebagai penghargaan dan pengiktirafan terhadap kewibawaan seseorang guru di dalam dan luar bilik darjah.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIAnugerah/Hadiah
NERACA

NERACA, majalah tulisan Jawi yang diterbitkan pada tahun 1911 di Singapura.  Pengarang majalah ini ialah Haji Abbas Mohd. Taha, bekas penolong pengarang al-Imam dan juga sahabat kepada Syekh Tahir Jalaluddin.  Dia juga telah mengambil alih pengurusan Matbaah al-Imam pada tahun 1908.  Majalah ini diterbitkan ekoran pemberhentian majalah al-Imam.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIPenerbitan
TLDM

TLDM, pasukan bersenjata pertahanan laut yang bertanggunjawab mengawal peraiaran negara. TLDM ialah singkatan Tentera Laut Diraja Malaysia. Sejarah TLDM bermula dengan tertubuhnya pasukan Straits Settlement Royal Naval Volunteer Reserve (SSRNVR) pada 27 April 1934 di Singapura. Setelah SSRNVR ditukar nama kepada Malayan Royal Naval Volunteer Reserve (MRNVR) pada awal tahun 1939, stu cawangna telah ditubuhkan di Pulau Pinang. Pada 1 September 1939, Perang Dunia Keuda diisytiharkan di Eropah. Ekoran daripada itu, pasukan MRNVR telah dikerah bertugas sepenuh masa mulai 4 September 1939.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
PENGAJIAN MELAYU DI LUAR NEGARA

PENGAJIAN Melayu DI LUAR NEGARA, pengajian Melayu di beberapa pusat di luar negara.  Pusat-pusat pengajian Melayu di luar negara ditubuhkan di beberapa tempat seperti Amerika Syarikat, Belanda, China, Itali, Jerman, Rusia, Thailand, United Kingdom, Australia, Poland dan Filipina.  Tertubuhnya pusat ini ekoran daripada minat beberapa pedagang Barat terhadap bahasa Melayu.

BAHASAInstitusi/Organisasi

Kembali ke atas