EKSPEDISI LEWIS DAN CLARK | Ekspedisi Lewis dan Clark ialah penjelajahan pertama oleh kerajaan Amerika Syarikat ke tanah gersang yang luas di barat laut negara itu. Ekspedisi yang diketuai oleh Meriwether Lewis dan William Clark, bermula pada tahun 1804 dan berlanjutan lebih daripada dua tahun. | UMUM | |
TERJUNAN KUTUB UTARA 1998 | Terjunan Kutub Utara 1998 ialah ekspedisi yang diusahakan bagi membuktikan kemampuan Malaysia mencuba sesuatu yang mencabar dan berani bersaing dengan negara-negara maju dunia. Ekspedisi yang dinamakan ‘Ekspedisi Terjun Bebas Kutub Utara’ ini dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia , Tun Dr. Mahathir Mohamad, pada 29 Mac 1998. Ia diketuai oleh Rahim Dahalan atau dikenali sebagai ‘Rahim King’. | UMUM | |
SACAGAWEA | Sacagawea (1787?–1812), wanita Orang Asli Shoshone yang mengiringi ekspedisi Lewis dan Clark pada tahun 1805 dan tahun 1806. Ekspedisi tersebut, iaitu penjelajahan awal bahagian barat laut Amerika Syarikat, diketuai oleh pegawai Angkatan Tentera A.S., Meriwether Lewis dan William Clark. Sacagawea selalu digambarkan dalam seni dan kesusasteraan sebagai pemandu wirawan ekspedisi yang berani. Tetapi sebenarnya sumbangannya, walaupun penting, adalah lebih terhad. Nama Sacagawea bererti Wanita Burung . Ia juga dieja sebagai Sacajawea . | UMUM | |
MAGELLAN, FERDINAND | Magellan, Ferdinand (1480?–1521) ialah kapten laut Portugis yang mengetuai ekspedisi pertama yang belayar mengelilingi dunia. Pelayarannya memberikan bukti positif yang pertama bahawa bumi ini bulat. Magellan tidak panjang umur untuk menyelesaikan ekspedisi tersebut, tetapi perancangannya yang imaginatif dan kepimpinannya yang berani membuat keseluruhan ekspedisi berjaya. Ramai sarjana menganggap ekspedisi itu suatu kejayaan pelayaran yang paling besar dalam sejarah. | UMUM | |
ERICSON, LEIF | Ericson, Leif (980?M–1025?M), penjelajah Norway yang memimpin satu ekspedisi yang mungkin merupakan ekspedisi Eropah pertama menjelajah tanah besar Amerika Utara. | UMUM | |
AMUNDSEN, ROALD | Amundsen, Roald (1872–1928), penjelajah Norway, mengetuai ekspedisi yang pertama sampai di Kutub Selatan. Amundsen dan empat orang rakannya menemui kutub tersebut pada 14 Disember 1911. Mereka mendahului ekspedisi Inggeris yang diketuai oleh Robert F. Scott lima minggu lebih awal. Amundsen juga terkenal kerana kerap membuat penjelajahan di Artik. | UMUM | |
OATES, LAWRENCE EDWARD GRACE | Oates, Lawrence Edward Grace (1880–1912) ialah pegawai tentera British dan ahli ekspedisi British ke Antartika yang diketuai oleh Kapten Robert Falcon Scott. Dia menyertai ekspedisi itu pada tahun 1910 dan pada tahun 1912 menganggotai kumpulan kereta luncur salji yang sampai di Kutub Selatan. Dalam perjalanan pulang, dia diserang reput fros dan mengalami kesukaran untuk meneruskan perjalanan bersama-sama ahli lain. Dengan semangat kepahlawanan yang sanggup berkorban, dia terus berjalan sehingga menemui maut dalam ribut salji. Semasa meninggalkan khemahnya, dia berkata, “Saya mahu keluar; mungkin agak lama.” Oates lahir di London. Dia menyertai pasukan tentera dan berkhidmat di Afrika Selatan, Mesir, dan India. | UMUM | |
STUART, JOHN MCDOUALL | Stuart, John McDouall (1815–1866) ialah penjelajah kelahiran Scotland yang mempunyai keberanian serta ketahanan melakukan beberapa ekspedisi ke pedalaman Australia dan menyeberangi benua itu dari selatan ke utara pada tahun 1862. Hasil daripada ekspedisi ini, Australia Selatan dapat menguasai Wilayah Utara pada tahun 1863. Kemudian Overland Telegraph (Telegraf Melalui Darat) dibina di sepanjang laluan yang diikuti oleh Stuart. | UMUM | |
SHACKLETON, SIR ERNEST HENRY | Shackleton, Sir Ernest Henry (1874–1922), penjelajah Ireland yang mengetuai satu ekspedisi British dari Laut Ross dalam kawasan 180 kilometer ke kutub geografi selatan pada tahun 1908 (lihat Antartika [Penjelajahan awal]). Pada tahun 1914, dia mengetuai satu ekspedisi ke Laut Weddell. Di sana kapalnya, Endurance , karam setelah terlanggar ketulan ais. Kumpulannya menyelamatkan diri dengan menaiki bot ke Pulau Elephant. Kemudian Shackleton dan empat temannya meneruskan perjalanan ke Pulau Georgia Selatan menggunakan bot dan menyeberangi rabung pergunungan pulau itu untuk mendapatkan bantuan penyelamat. Hasilnya, seluruh pasukannya berjaya diselamatkan. Shackleton lahir di Kaunti Kildare. | UMUM | |
PERSHING, JOHN JOSEPH | Pershing, John Joseph (1860–1948), mengetuai Pasukan Ekspedisi Amerika (A.E.F.) di Eropah semasa Perang Dunia I. A.E.F. merupakan Tentera Amerika Syarikat yang pertama dihantar ke Eropah. Jeneral Tentera Bersekutu ingin menggunakan tentera Amerika untuk menggantikan tenteranya yang diserang bertalu-talu, tetapi Pershing bertegas bahawa Tentera Amerika harus bertempur secara berasingan kecuali kerana kes tertentu. Dia percaya bahawa kesedaran tentang wujudnya Tentera Amerika yang semakin kuat akan melemahkan semangat tentera Jerman. | UMUM | |