Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[éks.pot] | ايکسڤورت

Definisi : (éksport) 1. penghantaran barangbarang atau perkhidmatan ke luar negeri utk tujuan perdagangan: ekonomi negara ini akan merosot kiranya ~ getah dan bijih timah beransur-ansur kurang; dlm hal ~ kita banyak bergantung pd bahan-bahan mentah; 2. barang-barang (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[éks.pot] | ايکسڤورت

Definisi : /éksport/ 1 perbuatan menghantar atau mengirim barang-barang dagangan ke luar negara: ~ getah ke Rusia semakin bertambah. 2 barang-barang dagangan yg dihantar ke luar negara: ~ utama Malaysia ialah getah dan bijih timah. mengeksport mengirim barang-barang dagangan ke luar negara: Malaysia ~ sebahagian besar getahnya ke negara-negara Barat. pengeksportan hal atau kerja mengeksport: Pd masa lalu, getah keping berbunga yg dilapiskan menjadi bandela merupakan sistem ~ yg diterima. pengeksport orang (negara dll) yg mengeksport barang-barang dagangan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata eksport


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ANUGERAH RATU UNTUK EKSPORT DAN TEKNOLOGI

Anugerah Ratu untuk Eksport dan

Teknologi, dianugerahkan kepada syarikat di

United Kingdom yang memperoleh pencapaian

yang cemerlang dalam usaha meningkatkan eksport

atau dalam inovasi teknologi (menggunakan kaedah

baru atau mengeluarkan produk baru). Anugerah ini

dapat dimenangi oleh mana-mana cabang industri,

termasuk pertanian. Pemegang anugerah ini – sama

ada untuk pencapaian dalam bidang pengeksportan

atau dalam bidang teknologi – menerima replika

lambang anugerah tersebut yang dibuat daripada

besi dan dilekapkan pada blok yang lut sinar.

Pemegang anugerah ini berhak mempamerkan

lambang tersebut pada alat tulis yang dicetak dan

pada produk mereka. Bagi anugerah eksport,

lambang itu mempunyai huruf E di tengahnya. Bagi

anugerah teknologi, ia mempunyai huruf T.

UMUMAnugerah/Hadiah
EKSPORT DAN IMPORT

Eksport dan import ialah barangan yang

dibawa keluar dan masuk ke sesebuah negara.

UMUM 
MERKANTILISME

Merkantilisme ialah sistem ekonomi yang

diamalkan oleh England, Perancis dan negara

perdagangan utama lain dari tahun 1500-an

sehingga akhir tahun 1700-an. Di bawah sistem

ini, kerajaan sesebuah negara itu mengawal ketat

hal ehwal ekonomi untuk meningkatkan kekayaan

perbendaharaan, terutama dengan melebihkan

eksport daripada eksport.

UMUM 
MALABO

Malabo (pend. 15 253) ialah ibu negara Equatorial

Guinea (Guinea Khatulistiwa). Bandar ini terletak di

Bioko, sebuah pulau di Teluk Guinea, Afrika Barat.

Untuk lokasi Malabo, lihat Equatorial Guinea

(peta). Malabo ialah pelabuhan penting yang

mengendalikan eksport pisang, kayu kabinet, koko,

kulit cinchona, kopi, kacang kola, dan minyak

kelapa sawit. Kebanyakan penduduk di bandar ini

bekerja dengan syarikat import eksport. Lapangan

terbang terletak berhampiran Malabo.

UMUM 
SWEDEN

Sweden ialah negara industri yang makmur di

utara Eropah. Penduduk Sweden telah

membangunkan industri yang benar-benar berjaya

berasaskan tiga sumber semula jadi yang penting

negaranya, iaitu balak yang menyumbang lebih

kurang satu per lima eksport negara ini, bijih besi

yang sangat tinggi grednya, dan juga tenaga air.

UMUM 
BUKIT BESI

BUKIT BESI, kawasan perlombongan bijih besi yang utama di Malaysia antara tahun 1930 hingga tahun 1970, terletak di daerah Dungun, Terengganu.  Bukit besi menjadi tulang belakang sumber ekonomi kerajaan negeri.  Pada tahun 1930-an, cukai pendapatan utama Terengganu adalah daripada cukai eksport bijih besi.  Pada tahun 1937, cukai eksport bijih besi merupakan lebih kurang 17 peratus daripada jumlah hasil yang diperoleh negeri Terengganu.

SEJARAH DAN ARKEOLOGISumber/Bahan Alam
TATA

Tata ialah nama sebuah keluarga ternama dalam

industri dan perdagangan di India.

Jeejibhoy Jamshedji Tata (1783–1859) ialah

usahawan utama. Dia lahir daripada keluarga Parsee

yang miskin di negeri Baroda yang beraja. Dia

mendapat kekayaan dalam bidang perniagaan

eksport kerana wawasan komersial dan kerja keras.

Dia juga yang memulakan tradisi keluarganya

sebagai penderma kerja amal.

UMUM 
SUBSIDI

Subsidi ialah bayaran wang atau bentuk bantuan

lain daripada kerajaan pusat kepada kerajaan

negeri, industri, syarikat swasta, atau individu.

Terdapat pelbagai sebab bantuan ini diberi.

Kerajaan ingin menggalakkan aktiviti atau industri

supaya berkembang maju, menurunkan harga

barangan, atau merangsangkan eksport.

UMUM 
NAURU

Nauru ialah negara pulau kecil di tengah Lautan

Pasifik. Keluasannya hanya 21 kilometer persegi.

Nauru ialah negara yang ketiga terkecil di dunia

selepas Vatican City dan Monaco. Nauru kaya

dengan fosfat – bahan kimia berharga yang

digunakan untuk membuat baja tiruan. Eksport

fosfat merupakan sebahagian besar pendapatan

Nauru .

UMUM 
TAMPA

Tampa, Florida (pend. 280 015) ialah bandar

pelabuhan yang utama di Amerika Syarikat, pusat

perdagangan dan industri dan bandar yang ketiga

terbesar di Florida. Ia terletak di barat daya pantai

Teluk Tampa, iaitu serokan Teluk Mexico.

Pelabuhan Tampa mengendalikan lebih banyak

kargo daripada pelabuhan-pelabuhan lain di Florida,

iaitu kira-kira 45 juta tan metrik setahun. Eksport

tahunannya termasuk sembilan juta tan metrik bijih

fosfat dari lombong berdekatan. Kumpulan kapal

nelayan yang berpangkalan di Tampa menangkap

udang dan lain-lain hasil laut dalam jumlah yang

banyak.

UMUM 
12

Kembali ke atas