EKSPRESI ABSTRAK | Ekspresi abstrak lihat Seni lukis (Ekspresi abstrak). | UMUM | |
TRANSKRIPSI | Proses sintesis molekul-molekul RNA dengan menggunakan molekul DNA sebagai tempat bagi maklumat genetik daripada bentuk DNA ditukarkan kepada bentuk RNA. Ini merupakan sebahagian daripada proses ekspresi gen, iaitu maklumat genetik dalam DNA mengarah kepada pembentukan RNA. Arah aliran informasi di dalam sel merupakan central dogma bidang biologi molekul DNA yang digunakan untuk mensintesis RNA. RNA pula digunakan untuk mengarah pembentukan protein. RNA ialah molekul rantai panjang seperti molekul DNA juga. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa perbezaan antara molekul DNA dan RNA. Tulang belakang bagi membentuk polimer molekul RNA terdiri daripada gula ribos yang menyerupai gula deoksiribos DNA. Ia mempunyai molekul oksigen terikat pada karbon nombor 2', 3', dan 5'. Molekul RNA juga adalah lebih kecil (pendek) daripada DNA kerana ia terdiri daripada bes urasil (U) dan bukan timina (T) seperti yang terdapat pada DNA....Sila Rujuk Ensiklopedia Sains dan Teknologi | KEJURUTERAAN | Teori/Teorem/Hukum |
RAUSCHENBERG, ROBERT
| Rauschenberg, Robert (1925– ) ialah ahli seni lukis Amerika yang menjadi masyhur kerana percubaannya dengan berbagai-bagai bahan, teknik, media, dan gaya. Usahanya mengkaji dan mewujudkan bentuk ekspresi yang baru memberi inspirasi kepada ramai pelukis. | UMUM | |
DUNCAN, ISADORA | Duncan, Isadora (1877–1927), penari Amerika, yang amat mempengaruhi bidang tarian pada tahun 1900-an. Dia menentang latihan tarian balet klasik yang kaku dan formal serta mencipta bentuk ekspresi yang bersifat individu. | UMUM | |
MUZIK ROCK | Muzik rock merupakan salah satu bentuk muzik dunia yang paling popular dan yang paling mudah disesuaikan. Muzik ini mula muncul di Amerika Syarikat pada awal tahun 1950-an, dan dikenali sebagai rock ’n’ roll (juga dieja rock and roll ). Pada permulaannya, ia merupakan muzik untuk majlis perjumpaan dan tarian yang menarik minat pendengar daripada golongan muda. Muzik ini sering dimainkan untuk berseronok di kalangan remaja, dan kadangkala digunakan untuk meluahkan kekecewaan mereka. Muzik ini berkembang dengan cepat dan tidak lama kemudian ia menjadi budaya ekspresi antarabangsa bagi golongan remaja. | UMUM | |