MOTHERWELL, ROBERT | Motherwell, Robert (1915–1991), pelukis ekspresionis abstrak Amerika yang penting. Motherwell terkenal kerana beberapa siri lukisannya. Tetapi kebanyakan lukisannya membawa tema yang pelbagai, daripada bentuk-bentuk besar yang kejam dan mengancam sehinggalah kepada lembut dan mesra. | UMUM | |
ROTHKO, MARK | Rothko, Mark (1903–1970) ialah pelukis Amerika, yang bertanggungjawab memulakan pergerakan ekspresionis abstrak. Lukisannya yang terkenal merupakan suatu pengubahan abstrak mudah, besar dan jelas. Dalam karyanya, dia bergantung sebahagian besarnya pada warna dan sempadan yang tidak jelas pada bentuk segi empat tepat untuk menghasilkan mood yang berlainan. | UMUM | |
AFFANDI | AFFANDI (1910-1990), pelukis ekspresionis Indonesia. Dia lahir di Cirebon, Jawa, Indonesia. Dia belajar melukis sendiri setelah gagal memasuki sekolah seni. Dia berkenalan dengan Sudjojono yang memperkenalkannya lukisan cat minyak sewaktu umurnya 10 tahun. | BUDAYA | Tokoh |