Tahun lompat, mempunyai 366 hari atau lebih satu hari berbanding dengan satu tahun biasa. Tahun lompat berlaku setiap empat tahun sekali kecuali tahun yang menandakan ratus yang genap misalnya 1500. Satu-satunya tahun kurun yang merupakan tahun lompat ialah tahun yang boleh dibahagikan secara genap dengan 400, seperti tahun 1600 dan 2000. Tahun lompat ditambahkan kepada kalendar untuk menjadikan tahun kalendar hampir sama seperti tahun suria, iaitu masa yang diambil untuk matahari melepasi garisan ekuinoks musim bunga sebanyak dua kali. Hari yang berlebihan itu ditambah pada penghujung bulan Februari iaitu 29 Februari, sekali setiap empat tahun. Lihat Tahun . |