Negev ialah bahagian tiga segi di selatan Israel Ia menganjur dari selatan Beersheba ke pelabuhan Elat di Teluk Aqaba. Negev ialah dataran tinggi separuh gurun, iaitu kira-kira 300 meter hingga 600 meter di atas aras laut. Kawasan ini termasuklah tanah rata dan gunung berbatu kapur. Kebanyakan kawasan Negev diliputi oleh lapisan tanah gembur yang subur. Penduduk Israel bercucuk tanam di beberapa kawasan di Negev dengan pengairan daripada air Laut Galilee. Perlombongan fosfat dan tembaga terdapat di Negev. |