Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[é.lék.tro.ki.mia] | ايليکتروکيميا

Definisi : (éléktrokimia) cabang kimia bkn hubungan keelektrikan dgn tindak balas kimia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata elektrokimia


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SEL ELEKTROKIMIAMerupakan sel kimia yang melibatkan perubahan tenaga kimia kepada tenaga elektrik.KIMIAProses/Tindak Balas
ELEKTROKIMIA

Elektrokimia ialah bidang sains yang berkaitan

dengan tindak balas kimia yang melibatkan

elektrik.

UMUM 
SIRI GERAK ELEKTRIK

Siri gerak elektrik, juga dinamakan siri

elektrokimia atau siri aktiviti, ialah senarai logam

dan hidrogen berhubung dengan

kecenderungannya untuk kehilangan elektron

semasa tindak balas kimia. Logam yang lebih

mudah kehilangan elektron daripada hidrogen

disenaraikan sebelum hidrogen dalam siri ini.

Logam yang kurang mudah kehilangan elektron

daripada hidrogen mengikut hidrogen dalam

senarai siri yang berikut adalah tertib yang

sesetengah biasanya untuk digunakan dalam siri

gerak elektrik: kalium, kalsium, natrium,

magnesium, aluminium, zink, besi, nikel, timah,

plumbum hidrogen, tembaga, merkuri, perak,

platinum, emas.

UMUM 
OSTWALD, WILHELM

Ostwald, Wilhelm (1853–1932), ahli kimia, penulis,

dan guru Jerman, yang menerima Hadiah Nobel

tahun 1909 bagi bidang kimia. Dia menerima

anugerah ini terutamanya kerana kajiannya tentang

fenomena permukaan dan kelajuan tindak balas

kimia. Ostwald menulis sebuah daripada buku awal

tentang elektrokimia. Penyelidikannya tentang

pengoksidaan ammonia membantu Jerman membuat

bahan letupan semasa Perang Dunia I (1914–1915).

Ostwald lahir di Riga, Latvia.

UMUM 
DAVY, SIR HUMPHRY

Davy, Sir Humphry (1778-1829) ialah ahli kimia Inggeris yang sangat disanjung kerana jasanya dalam bidang elektrokimia. Davy dilahirkan pada 17 Disember 1778 di Penzance, Cornwall, England.

KIMIATokoh

Kembali ke atas