SENAPANG ELEKTRON | Senapang elektron ialah nadi bagi berbagai- bagai peranti elektron. Ia termasuk tiub televisyen, tiub osiloskop, mikroskop elektron dan mesin sinar-x. Dalam tiub televisyen, senapang elektron menghasilkan alur elektron yang tajam seperti pensel, yang dipecut ke arah skrin pendarfosfor. Elektron mengenai fosfor pada skrin dan menyebabkan ia berkilau. Alur “menulis” gambar pada skrin sama caranya seperti pensel menulis pada kertas. Semakin tinggi halaju elektron, semakin terang imej pada skrin. Dalam penerima televisyen, senapang elektron menulis ratusan garis mendatar bagi setiap gambar. Ia menulis setiap garis dalam masa satu per 60 juta saat. | UMUM | |
MIKROSKOP ELEKTRON | Mikroskop elektron ialah alat yang menggunakan alur elektron untuk membesarkan imej objek. Mikroskop elektron boleh membeza jelas (menghasilkan gambar yang terang) fitur yang jauh lebih kecil daripada yang dapat dilihat melalui mikroskop optik, yang menggunakan kanta dan cahaya nampak untuk membesarkan imej. Kuasa pembesaran yang hebat menjadikan mikroskop elektron sebagai alat utama penyelidikan dalam bidang biologi, kimia, perubatan, dan metalurgi. Ernst Ruska dan lain-lain ahli sains Jerman telah membina mikroskop elektron yang pertama pada tahun 1931. | UMUM | |
ELEKTRON | Elektron ialah zarah subatom bercas negatif. Model atom yang berguna menunjukkannya sebagai nukleus halus yang dikelilingi oleh elektron. | UMUM | |
MUON | Muon ialah sejenis zarah asas yang hampir sama dengan elektron tetapi mempunyai jisim yang lebih berat. Sesuatu zarah asas tidak terdiri daripada unit yang lebih kecil. Muon tergolong dalam famili zarah asas yang dinamakan lepton, yang juga termasuk elektron. Seperti elektron, muon kira-kira 207 kali lebih berat daripada elektron. Muon adalah tidak stabil dan ia mereput (mengurai) membentuk elektron dan lain-lain zarah yang lebih ringan. | UMUM | |
MAGNETON BOHR | Unit asas bagi momen magnet elektron, iaitu unit bagi keamatan medan magnet yang diaruhkan oleh elektron yang berorbit mengelilingi nukleus. | FIZIK | Sifat/Keadaan |
SIRI GERAK ELEKTRIK | Siri gerak elektrik, juga dinamakan siri elektrokimia atau siri aktiviti, ialah senarai logam dan hidrogen berhubung dengan kecenderungannya untuk kehilangan elektron semasa tindak balas kimia. Logam yang lebih mudah kehilangan elektron daripada hidrogen disenaraikan sebelum hidrogen dalam siri ini. Logam yang kurang mudah kehilangan elektron daripada hidrogen mengikut hidrogen dalam senarai siri yang berikut adalah tertib yang sesetengah biasanya untuk digunakan dalam siri gerak elektrik: kalium, kalsium, natrium, magnesium, aluminium, zink, besi, nikel, timah, plumbum hidrogen, tembaga, merkuri, perak, platinum, emas. | UMUM | |
SINKROTRON | Sinkrotron ialah alat yang memecut elektron dan proton kepada tenaga tinggi. Ia adalah sejenis pemecut zarah yang menyebabkan zarah bergerak dalam orbit bulat (lihat Pemecut zarah). Ahli fizik menggunakan sinkrotron untuk mengkaji struktur dan daya nukleus atom. | UMUM | |
ZARAH BETA | Zarah beta ialah elektron yang dibebaskan oleh nukleus atom radioaktif apabila terjadi transformasi nuklear. Kebanyakan zarah beta bercas negatif dan terbentuk apabila neutron bertukar kepada proton. | UMUM | |
ELEKTRODINAMIK KUANTUM | Elektrodinamik kuantum ialah teori tentang saling tindak antara elektron dengan pancaran elektromagnet. | UMUM | |
ORBITAL ATOM | Orbit dan orbital merupakan dua istilah yang berbeza. Orbit merujuk kepada laluan yang dilalui oleh elektron yang mengelilingi nukleus sesuatu atom, manakala orbital merujuk kepada ruang kawasan di sekitar nukleus atom. | KIMIA | Konsep |