Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[é.lit] | ايليت

Definisi : (élit); kaum (golongan) ~ golongan yg dianggap berpengaruh, intelek, dsb: dlm hubungan ini, golongan ~ dan badan politik mempunyai peranan penting. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata elit


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KOLEJ MELAYU KUALA KANGSAR

MAKTAB MELAYU KUALA KANGSAR, maktab elit Melayu yang pertama. Maktab Melayu Kuala Kangsar lebih dikenali pada masa dahulu dengan nama Malay College Kuala Kangsar (MCKK). Maktab ini ditubuhkan pada 2 Januari 1905, dengan nama Malay Residential School. Pada peringkat permulaan, seramai lapan orang sahaja muridnya. Menjelang bulan Mac, jumlahnya bertambah kepada 63 orang.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
RUKUN TIGA BELAS

RUKUN TIGA BELAS, kumpulan sulit yang ditubuhkan oleh 13 orang pemimpin Persatuan Pemuda Melayu (PPM) untuk menentang penyerahan Sarawak kepada British.  Kumpulan ini ditubuhkan pada tahun 1948.  Pada tahun 1946, Gerakan Antipenyerahan Sarawak kepada British muncul apabila Raja Vyner Brooke membuat keputusan untuk menyerahkan Sarawak sebagai sebuah jajahan mahkota kepada kerajaan British.  Pada mulanya gerakan ini disokong oleh orang Melayu dan Iban secara perlembagaan.  Namun semua usaha mereka gagal kerana sikap kerajaan British yang mengabaikan kepentingan  gerakan tersebut.  Golongan elit pula berpendapat bahawa cara tindakan secara berperlembagaan tidak akan membawa apa-apa kejayaan.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
SUMBI GIGIKapsyen          :           Sumbi gigi

 

SUMBI GIGI, penambal gigi yang rosak atau gigi tambahan atau buatan.  Sumbi gigi memainkan peranan penting dalam penjagaan gigi di samping mengemas dan mencantikkan gigi.  Sumbi gigi juga boleh berfungsi sebagai susuk pemanis.  Pada mulanya sumbi gigi ini dibentuk menggunakan logam seperti tembaga, perak dan emas.  Lama-kelamaan ada sesetengah masyarakat elit menempah sumbi gigi menggunakan logam platinum, kerana lebih mahal, kuat dan kelihatan berkilat apabila seseorang itu senyum atau ketawa.  Dengan kata lain, sumbi gigi tidak lagi menjadi penutup bagi gigi yang rosak, sama ada berlubang atau rapuh tetapi mula enjadi penghias wajah pemakainya.

BUDAYAAlat/Alatan

Kembali ke atas