Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[élk] | ايلک

Definisi : (élk) sj rusa besar yg terdapat di Eropah Utara, Amerika Utara dan Asia Utara. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata elk


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ELK

Elk ialah nama biasa di Eropah bagi anggota yang

terbesar dalam famili rusa. Di Amerika Utara,

haiwan ini dinamakan moose. Elk dan moose

ialah subspesies yang berbeza, bagi haiwan

yang sama, Alces alces.

UMUM 
MOOSE

Moose ialah nama bagi anggota yang paling

besar dalam famili rusa di Amerika Utara.

Namanya mungkin berasal daripada bunyi

panggilan yang kuat, meninggi oleh moose

jantan. Di Eropah, moose dikenali sebagai elk

(lihat Elk). Terdapat enam jenis subspesies moose

yang berkeliaran di utara hutan konifer di

Hemisfera Utara. Moose sering memakan rumpair

air di tasik cetek pada waktu subuh dan senja.

UMUM 
SERIGALA

Serigala ialah satu daripada anggota yang

terbesar dalam famili anjing. Serigala mahir

memburu dan mangsa utamanya ialah haiwan

bertelapuk, seperti karibu, rusa, elk, dan moose .

Ramai orang takutkan serigala. Mereka percaya

bahawa serigala menyerang manusia, dan bunyi

lolongannya yang menyeramkan menakutkan

mereka. Tetapi, serigala seboleh mungkin

menjauhkan diri daripada manusia

UMUM 

Kembali ke atas